Artis / Selebriti
” Pergh dah main drum pulak. Habis gua dah tak boleh cari makan.. ” – Jatt Ali
Video Roy Azman Tunjuk Bakat Bermain Drum Mengiringi Nyanyi Zahid AF Raih Pujian Peminat. Fuh Bukan Biasa-Biasa, Memang Padu Lah. Serba Boleh Roy Ni. Nama Band Pun Tak Nak Kalah, Hehe !!
Siapa tidak kenal dengan pelakon lelaki kacak bernama Roy Azman. Bermula dengan watak serius ketika zaman muda dan kini lebih ke arah komedi, nama Roy bertahan sehingga ke hari ini. Ketawa Roy sahaja mampu membuatkan peminat juga turut ketawa.
Meninjau akaun Instagram Roy Azman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Roy menunjukkan bakatnya bermain alat muzik ‘ Drum ‘. Cerita Roy di ruangan kapsyennya, persembahan ini dilakukan di hadapan Gulatis Jalan TAR Kl.
Kelihatan Zahid AF menyanyi dan Roy sebagai pengiringnya. Roy menggelarkan band mereka ini dengan nama band Carca Merba. Alahai Roy, nama band pun sudah melucukan. Rancak betul alunan drum Roy, sedap didengar.

Siapa sangka, selain berlakon dan melawak, Roy rupanya pandai bermain drum. Ini baru lah boleh dipanggil artis versatile, semuanya serba boleh. Muka Roy pun baru nampak serius, kalau tidak asyik ketawa dan membahan kawan-kawan sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Roy ini telah pun mencatatkan lebih 10 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lagi tua lagi padu bang Roy ni. Mantap bang, style betul. wow sangat ni kehebatan terserlah giteww.. “
” Pergh dah main drum pulak. Habis gua dah tak boleh cari makan.. ” – Jatt Ali
” Wow pandai eh abang roy main drum. Tak sangka ada bakat. Baru nampak muka tu behave bila main drum.. kalau tak asyik ketawa je haha.. “
” Patut kena bawak geng projek bapak-bapak nyanyi. Baru ngam hehe.. Steady bang tempo padu.. “
” Wow serius pulak muka dia. power lah bang main drum.. amb0i kaki puk0l pun boleh.. Nasib baik tak pakai gloves keeper main drum.. “
” Ini otai sentiasa berb1sa lah, power baru tahu Roy Azman pandai main drum. Serba boleh, artis versatile sangat.. “
” Wah ada skill lagi, power bang roy ni drummer jugak. Mata pandang note drum ke tu. Mantap la bang Hero Remaja ni haha.. “
Terbaiklah Roy Azman, ini lagi membuatkan peminat semakin mengagumi bakat seni Roy. Carca merba pun boleh lah Roy, janji persembahannya mantap dan menghiburkan. Next time moga ada lagi perkongsian seperti ini oleh abang Roy yer.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

