Artis / Selebriti
” Perfect nyanyi dengan style tersendiri. Tak boleh dengar lagu ni, auto sebak.. ” – Komen Netizen
Video throwback Dato’ Siti Nurhaliza menyanyi lagu Kesetiaan menggunakan aplikasi Smule kembali menjadi tular. Tokti menyanyi santai-santai macam ni pun sedap. Dah macam lagu sendiri dibuatnya..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan video throwback yang memaparkan Biduanita Negara, Dato’ Nurhaliza menyanyikan lagu Kesetiaan, nyanyian asal oleh arwah Siti Sarah Raissuddin. Menerusi video itu, DS Siti menyanyi lagu tersebut menggunakan aplikasi Smule beberapa tahun lalu.
DS Siti menyanyi lagu Kesetiaan dengan caranya yang tersendiri. Walaupun nyanyian DS Siti itu hanyalah suka-suka dan ada sesekali tersasul ketika menyanyi, namun suara DS Siti tetap maintain merdu seperti biasa. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Ada yang mengatakan sebutan lirik nyanyian oleh DS Siti begitu jelas didengar. Namun begitu, ramai yang meluahkan rasa sebak mendengar lagu ini kerana teringatkan penyanyi asalnya yang sudah pergi meninggalkan kita semua, arwah Siti Sarah.

Sehingga kini, video DS Siti itu telah menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Sedap sungguh alaunan suara DS Siti. Suaranya dari dahulu sehingga sekarang langsung tidak berubah, seolah-olah seperti ‘telan kaset’.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebiji-biji sebutan Dato’ Siti, dengar jelas dan baru tahu macam tu liriknya.. Sedap dengar walaupun versinya lain.. “
” Lagu ni ada soul tau..Bila arwah bawak.. Dia rasa lain mcm punya feeling. Orang lain bawak merdu tu merdu…tp tu lahh sebab dalam otak dah set ni lagu Sarah.. “
” Sing main2 pun syedapppp.. Nak req tokti nyanyi full studio version pls. Tribute to Arwah Siti Sarah. (Al-fatihah) untuk arwah Siti Sarah.. “
” Takleh dengar lagu ni.. Auto sebakk.. Suara Datuk Siti ni dari dulu sampai sekarang memang merdu sangat.. Dah macam telan kaset.. “
” Teringat Ajai kata hrtu.. Lagu ni mmg utk Allahyarhamah Siti Sarah.. Tahniah utk semua yg pernah cover pernah nyanyikn semula.. Mmg ada yg merdu sedap.. “
” Suara Siti Nurhaliza lebih jelas berbanding Sarah dan dia bawa lagu ini dgn caranya tersendiri walaupun main2.. Perfect nyanyi dgn style tersendiri.. “
” Suara Dato’ Siti memang tiada tandingannya.. Lagu orang semua dia boleh bawa dengan gayanya dia yang sendiri.. Sedap dengar kesetiaan versi Dato’ Siti.. “
Baru-baru ini, anak perempuan tunggal arwah Siti Sarah, Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan di Bukit Bintang dengan bersaksikan ribuan para penonton yang hadir. Persembahan Thalita itu juga membuat ramai yang sebak. Sesungguhnya vibe lagu Kesetiaan begitu luar biasa serta meninggalkan 1001 kenangan arwah buat kita semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, ctdk, sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


