Artis / Selebriti
” Perangai Ameng makin masuk air betul, kelakar tengok muka dia.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Ameng ketika melihat anaknya, Ammar sedang praktis menyanyi dengan Oddah buat ramai terhibur. Ameng ni makin hari makin masuk air. Shiera pun berdekah gelak tengok Ameng macam tu, haha..
Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menonton konsert Grand Finale Talk To My Manager pada hujung minggu ini. Antara perserta yang berjaya ke peringkat final adalah, Marsya (Liza Hanim), Ammar (Ameng Spring), Amad (Siti Saerah), Thalita (Shuib), Hadie (Ina Naim) dan Auddra (Sharifah Shahirah).
Meninjau di akaun TikTok milik Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, telah dikongsikan video yang memaparkan anaknya, Oddah sedang membuat latihan nyanyian bersama anak Ameng, Ammar. Menerusi video itu, kelihatan Ammar dan Oddah memakai pakaian sedondon berwarna putih.
Turut kelihatan ada bersama menonton latihan Oddah dan Ammar adalah Ameng dan isterinya. Namun, apa yang mencuit hati, Shiera sempat merakamkan reaksi wajah Ameng ketika latihan tersebut. Melihat wajah Ameng, kedengaran Shiera juga turut berdekah ketawa.

Di ruangan komen, ada yang menyakat dengan mengatakan perangai Ameng semakin hari semakin ‘masuk air ‘ . Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih seratus ribu lebih tontonan dan menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@shieraijoy74 Praktis ….seronok oddah ngan amar buat lagu ni Tengok managernya Ahad last dahhhh tengok tau
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian oleh Shiera tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Perangai Ameng makin masuk air betul, kelakar tengok muka dia.. Serius sgt muka bapanya tu, hahaha.. Maknya enjoy je.. “
” Harap2 Grand Final ada Award Persembahan Terbaik lagi dan dimenangi oleh Odah. Balik tak kosong yaaa.. Harap sangat ni.. “
” Mak n bapak tgk anak ii enjoy jer.. Comel dooh depa ni.. Love Odahhhhh… Kita suke .. Kita suke sangat tengok.. Ameng, kenaap tu, ahaha.. “
Tak sangka Ameng ini seorang yang kelakar dan masuk air. Sebelum ini ada dikongsikan video telatah Ameng sedang menari ketika persembahan anak Ina Naim, Hadie menyanyikan lagu Dangdut dan perkongsian video tersebut turut mengundang tawa warganet.

Untuk sekadar info, pada minggu lalu, peminat rancangan realiti Talk To My Manager (TTMM) telah menerima kejutan apabila pihak produksi mengumumkan akan menambah satu lagi minggu sebagai Grand Finale selepas menerima sambutan luar biasa daripada penonton. Apa-apa pun, good luck buat semua keenam-enam peserta. Semoga semuanya akan melakukan persembahan yang terbaik di Grand Finale nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shieraijoy74
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

