Artis / Selebriti
” Patutlah mamu segak, papanya pun segak.. ” – Netizen
Sharnaaz Ahmad Kongsi Gambar-Gambar Sambutan Hari Lahir Bapanya, Dato’ Basir Ahmad. Wah Segak Lagi Ayahnya, Part Hidung Tu Sama Betul !!
Ketika di temubual Farah Fauzana baru-baru ini untuk rancangan Dbilique, Sharnaaz Ahmad ada memberitahu hari lahir bapanya, Dato’ Basir Ahmad adalah pada 19 Jun dan kebiasaannya akan disambut bersama hari bapa kerana tarikhnya yang berbeza sehari sahaja.
Meninjau akaun Instagram Sharnaaz, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan sambutan hari lahir bapanya ini. Hanya disambut bersama ibu Sharnaaz, Dato’ Marina dan beberapa orang ahli keluarga yang lain.
Dengan sebiji kek tertulis ‘ Happy Birthday Tok Papa ‘, ayah Sharnaaz ini nampak masih sihat dan segak. Tidak hanya kek, turut sama disediakan beberapa biji durian di atas meja. Wah special sangat kek dengan raja buah ini sebagai hidangan.

Sharnaaz menulis di kapsyennya ucapan selamat hari lahir untuk papanya ini dan mengatakan papa adalah ayah terbaik untuknya dan atok hebat untuk Jebat. Sharnaaz turut mendoakan agar papanya ini sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian Sharnaaz ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Sehingga kini sudah 34 ribu tanda suka diberikan peminat. Antara komen-komen peminat :
” Sanah helwah uncle and happy father’s day. Duk nampak durian ja ni, tu mesti derian balik pulau, haihh bila la nak balik penang.. ” – Faezah Elai
” Happy birthday Dato and happy Father’s Day to you and my brother sharnaaz ahmad, u are a amazing father.. “
” Mamu punya handsome betul-betul menurun dari papa. Happy Birthday Dato Basir. Moga Allah merahmati dato sekeluarga.. “
” Happy birthday Dato Basir Ahmad. Ayah saya penah bertugas sama dengan Dato di Rtm Penang. Stay safe and healty.. “
” Happy birthday dato’ Basir. Patutlah mamu segak, papanya pun segak. Semoga Diberi Kesihatan Yang Baik Dan Bahagia Bersama Keluarga Tersayang.. “
” Happy birthday dan happy fathers day uncle. semp0i kek durian original. lain cara dia sambut befday tu, special betul.. “
” Happy birthday tok papa. lajen of ant00 Penang. hidung c0ngek paraih rooftop komtar. Segak lagi papa mamu.. “

Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk Dato’ Basir. Semoga bertambahnya usia bakal dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

