Artis / Selebriti
” Patutlah dalam video tu nampak macam Tokti tahan gelak.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Di Sebalik Tabir Lakonan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Bersama Bos Susu, Encik Azmi Zainal Buat Ramai Terhibur. Asyik Nak Tergelak Jer Tokti, Sampai Banyak Kali Kena Ulang. Comel Lah Tuan Inspektor Ni, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Farm Fresh, perkongsian sebuah video yang memaparkan di sebalik tabir pembikinan iklan Farm Fresh telah meraih perhatian ramai. Untuk kali ini duta produk Farm Fresh iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza berlakon bersama bos susu Farm Fresh, Encik Azmi Zainal.
Dato’ Seri Siti memegang watak sebagai seorang anggota polis, manakala Encik Azmi pula sebagai seorang pesalah. Babak yang dipaparkan ketika sesi soal siasat dan Dato’ Seri Siti menunjukkan sebuah beg yang penuh dengan susu. Babak ini sahaja sudah beberapa kali take.
Ini kerana Dato’ Seri Siti tidak mampu menahan rasa ketawa sehingga terlupa akan dialognya. Bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sebuah video lakonan. Untuk mendapat hasil lakonan yang real ia perlu diulang sehingga berpuas hati.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bukan sahaja Dato’ Seri Siti mempunyai bakat lakonan tetapi bos susu juga berbakat. Nampak bersahaja dan dalam masa yang sama turut kelakar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan apabila melihat lakonan Dato’ Seri Siti. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tersangattttttttlah comel tokti ni tokti berlakon semua menjadiiii powerrrr ah.. Kalau polis mcm ni pun aku sanggup kena soal 3hari 3malam.. “
” Adoiii… ni namanya garang garang lembut OKT boleh jatuh cinta dgn Inspektor macam ni.. Comel ni. Jawab jawablahh .. “
” Klu mcm ni peg penyiasat duk sminggu ulang2 kene tnye pun xpe.. Kalau inspektor mcm nih rase nye ramai nk curi susu tu lps nih. .”
” Kalau polis ni siasat aku,terus aku nyanyi ting ting tang ting… alahai comelll.. Tak kuat tu ketuk meja nya.. Dia gelak hahaha pun merdu mcm menyanyi.. “
” Tokti kalau berlakon drama memang drama tu pasti toppppp punya cayalah pecah rekod tau nanti haha.. part boss susu kata dia tak sedut susu tu haahha.. “
” Untung ayah susuan dapat belakon dgn dato seri. zaman 90an dulu sampai ada yang merajuk kena tolak.. Patutlah dalam video tu nampak macam tokti tahan gelak haha.. “
” Kalau inspektor ni kita sanggup kena tangkap and buat salah banyak kali sebab nanti kalau buat salah banyak kali kena tangkap banyak kali dapat lah tengok inspektor ni banyak kali hahaha.. “
Memang nampak comel apabila Dato’ Seri Siti berlakon menjadi seorang polis. Bak kata netizen, kalau polis seperti Dato’ Seri Siti ini memang rela selalu ditangkap. Nampaknya Dato’ Seri Siti boleh juga menjadi seorang pelakon. Nampak begitu berbakat dan sempoi lakonan Dato’ Seri Siti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Farm Fresh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
