Artis / Selebriti
” Part tangan YB letak dekat bahu tu, terbahak aku ketawa. Lawak lah YB.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq cuba mengikut Bella Astillah menari mengikut step lagu raya terbaru Bella buat warganet terhibur. Adui YB Saddiq, tangan tu nasib tak berbelit. Bella pun tak boleh tahan ketawa, haha..
Bella Astillah baru sahaja melancarkan lagu raya terbarunya berjudul ‘Ya Raya ‘ semalam. Lagu ini mempunyai rentak yang catchy dan sedap didengar. Untuk info, lagu ini dicipta oleh Rudeen dan Exactesy. Ia turut berkolaborasi bersama Fipper.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Primavalet, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bella dan YB Saddiq ketika shooting untuk baju raya Primavalet. YB Saddiq diminta untuk menari bersama Bella mengikut step yang Bella tunjukkan menggunakan lagu raya terbaru Bella itu.
YB Saddiq sudah berkali-kali menegaskan menari bukan lah bakatnya, namun demi Bella, apa sahaja akan dipenuhi oleh MP Muar ini. Terhibur warganet melihat gaya tangan YB Saddiq sepanjang menari lagu ini. Ramai juga yang mengusik YB Saddiq selepas melihat tariannya itu.

YB Saddiq mencuba sehabis baik supaya stepnya itu dapat sama seperti Bella. Kapsyen posting ini juga mencuit hati warganet berbunyi ‘ UNOFFICIAL MV YA RAYA by Yang Bella special untuk korang. Featuring penari jemputan yang tak datang rehearsal ‘. Admin Primavalet pun seronok menyakat YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” YB Saddiq tak datang rehearsal pun kira boleh jugak la yb ikut step.. tak pe lah, what Bella asks, bella gets kan haha.. “
” Utk effort YB tu kita bagi 100 marks haha.. Macam patung petron yg gerak2 suh pegi petron la YB haha.. adui letih ketawa.. “
” Hahahahaha penari belakang tu mmg betul tk dtg rehearsel berbulan2 ek?mcm patung digi yb.. maafkn sy tergelak yb.. “
” Gigih yb tiru ok yb skrg dah lulus menari kerana wanita luar biasa ada dekat sebelah.. blh la.. lembut juga tgn YB utk gerak menari ikut rentak Bella.. “
” Part tangan YB letak dekat bahu tu terbahak aku ketawa haha.. Lawak lah YB ni, tapi efforts dia 5 bintang lah kita bagi.. “
” Nasib tak terbelit tangan YB tu hehe.. penat gelak tapi ok dah lah tu YB. hebat dah tu dari keras kaku, ada jugak lembutnya sekarang.. “
” Tak datang rehearsal pun. Boleh juga yb ikut step. dah macam penari KPOP dah YB haha.. yb pulas stereng ke tu.. Hilangg laa penat dan stress sy, kalo hari-hari gini.. “
Terhibur warganet melihat gelagat YB Saddiq mencuba menari sebagai penari pengiring Bella. Walaupun nampak kelakar, effort YB Saddiq itu dipuji oleh warganet. Tidak mengapa YB Saddiq, teruskan berlatih dan mungkin Ara boleh membantu untuk YB Saddiq menari lebih lembut lagi, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

