Artis / Selebriti
” Part nak tarik tu picit telinga sama, comel lah dua beranak ni. Suara pun sama.. ” – Netizen
Video Persembahan Dato’ Jamal Abdillah Bersama Anaknya, Zaki Yamani Raih Pujian Warganet. Fuh Padu Betul Suara Anak Dan Ayah Ni. Part Zaki Buat Suara Kasar Sebijik Macam Suara Baba Dia. Dato’ Jamal Pun Bagi Thumbs Up Kat Zaki !!
Beberapa hari yang lalu, telah berlangsungnya sambutan Hari Belia Sarawak 2023. Majlis ini diserikan dengan persembahan daripada raja pop negara, Dato’ Jamal Abdillah dan anak lelakinya, Zaki Yamani. Kelibat anak dan ayah ini sememangnya dinantikan oleh penonton di situ.
Meninjau akaun Tiktok hadisorangne, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Dato’ Jamal dan Zaki. Sama segak anak dan ayah ini, wajah Zaki nampak seiras seperti wajah Dato’ Jamal sewaktu muda remaja dahulu. Zaki mewarisi bakat seni dan suara emas babanya.
Zaki memilih lagu kegemarannya iaitu Kekasih Awal Dan Akhir. Pesan Dato’ Jamal sebelum mereka mula menyanyi supaya Zaki menjadi backup jika ada part tinggi yang suara Dato’ Jamal tidak sampai. Nyanyian yang padu dan hebat, itu yang dapat disimpulkan untuk persembahan mereka berdua ini.

Suara Dato’ Jamal masih sama seperti dulu, lunak dan merdu. Zaki pula ada suara yang sedap dan ada lenggok yang sama seperti babanya. Lagi-lagi ketika Zaki cuba meniru suara kasar Dato’ Jamal, memang kedengaran sangat serupa. Gembira lah orang Sarawak dapat melihat live persembahan anak dan ayah ini.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@hadisorangne Macam fotostat! Gia lah min rasa bila nangga Datuk Jamal Abdillah berlagu bersama anaknya Zaki Yamani. Si bapa berusia 64 tahun, anak pulak 17 tahun. Generasi umur pertengahan atau yang lebih berusia mungkin sik kenal siapa Zaki Yamani, tetapi dalam kalangan remaja nang rami peminat nya tok. Penyambung legasi suaran lagenda si bapa. Rindok nangga. Kagum! Suara pun ada iras bapaknya juak bah. #jamalabdillah #zakiyamani #mysed #hbs2023 #sarawak #kapit #haribeliasarawak2023 #rtmsibu #rtmkapit #legends
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wehh da besar suara dia da mcm bapak dia .. vokal anak dia jenis tebal,mantap, bapak memang legend.. ”
” Tak pernah brubah suara walaupun dah berusia… favourite artist ni.. Zaki MCM suara Dato’ Jamal zaman muda.. ”
” Suara nak sama dah, tapi tak boleh lawan suara babah dia lagi hehe. suara jamal lebih lunak.. nanti 1 satu hari zaki pun akn lebih cantik kan lengok dlm irama nyayianya.. ”
” Hebat zaki dan ayah dia, mantap suara. Jamal Abdillah the legend. My favourite.. bapak pun nmpk muda haihh bila bersana anak bujangnya.. ”
” Power betul suara kedua-duanya. Zaki sebijik suara papa dia.. dua beranak memang padu.. tak puas dengar.. ”
” Part nk tarik tu picit telinga sama hehe. comel lah dua beranak nie… anak beranak, sebiji suara baba dia.. ”
” Anak beranak suara nak seakan-akan.. Zaki ni sebijik muka bapak dia. suara pun sama.. tak tumpah dgn dato jamal.. ”
Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bila bergandingan berdua, lagi melet0p persembahan anak beranak ini. Dato’ Jamal pun puji suara Zaki. Apa-apa pun, semoga terus maju jaya Dato’ Jamal dan Zaki pada masa akan datang. Semoga lebih banyak lagi persembahan duet Dato’ Jamal dan anak-anak selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok hadisorangne
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen




