Artis / Selebriti
” Part 6 years tu adoi, tak boleh berhenti ketawa. Macam mana Ubai boleh tahan gelak, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Shila Amzah, Seth Uwais bercerita dengan papanya, Ubai ingin membeli kereta e-MAS buat warganet terhibur. Adui Seth, dia ingat tulis 6 years tu umur layak beli kereta . Mengekek gelak dengar ayat Seth, lawak lah Seth..
Ubai sering berkongsikan video anaknya, Seth Uwais yang semakin petah dan banyak akal. Semenjak kehadiran Ubai dalam hidup Seth, banyak perubahan yang dapat dilihat pada diri Seth. Ubai rajin melayani Seth berbual dan dari seorang kanak-kanak yang speech delay, Seth sekarang petah bercakap.
Sebelum ini Seth ada memberitahu dia mahukan kereta Myvi. Namun keinginan Seth akhirnya berubah setelah Seth melihat sekeping flyers mengenai kereta Proton model e-MAS. Seth menunjukkan flyers tersebut kepada Ubai dan memberitahu dia mahukan kereta e-MAS berwarna hijau.
Kata Seth lagi, dia sudah berusia 6 tahun dan layak untuk membeli kereta tersebut. Ini kerana pada paparan depan flyers tersebut, ada tertulis perkataan 6 years, 5 years dan 8 years. Pada pemahaman Seth, ianya adalah usia yang dibolehkan untuk membeli kereta keluaran negara itu.

Ubai melayan sahaja gelagat Seth itu dan bertanyakan berapa wang yang Seth ada untuk membeli kereta tersebut. Spontan Seth menjawab dia mempunyai RM 14. Perbualan ini mencuit hati warganet dan lebih tergelak apabila Seth mengatakan kereta e-MAS itu harganya cuma RM4.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aiyohhh.. sethy ni lawak lah.. Sethy dh taknak myvi dah ke.. dia up dah kereta, hebat sethy.. Dari Myvi ke e-mas eh . harap dia tak tgk ferrari ke Lambo ke hahaha.. “
” Dia x nk myvi dah guys haha.. lepas nie bengkok papa add on partime job.. papa bawak la dia test drive Emas hijau haha.. “
” Bersabar lah papa haha.. part 6 years tu adoi, tak boleh berhenti ketawa.. aku sabar je si ubai ni macam mana boleh dia tahan gelak haha.. “
” 6 years can buy, 5 years also can buy haha.. lain macam yang dimintaknya.. awak ingat beli e-Mas macam beli hot wheels ke.. “
” Sethyyy comel betullah, hujung² muka bangga woo.. rm14 nnti sy tambah singgit cukup tk bang haha.. aku luar kotak betul la sethy.. “
” Rm14 dah ada, tinggal tambah berapa lagi papa haha.. penat aku gelak, kemain seth lupa terus myvi dia eh. E-mas terus dia mintak.. “
” Dia dah tak nak perodua, now dia nak e-mas. mama want emas 916.. Mantap 6 tahun dah eligible untuk e-mas.. salah maklumat ni sethy haha.. mengekek aku ketawa.. “
Adui lah Seth, kereta e-MAS terus dimintanya, boleh botak kepala papa Seth. Apa yang dibacanya di flyers, itu lah yang dicakapkan walaupun sebenarnya salah faham. Nampaknya selepas ini papa Seth kena cari job banyak-banyak, baru lah Seth boleh membeli kereta e-MAS berwarna hijau.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

