Artis / Selebriti
” Pandainya dia, betul-betul fokus muka tu handsome boy.. ” – Netizen
Betty Rahmad Kongsi Video Anaknya, Ardy Wira Sedang Belajar Bermain Piano Raih Pujian Warganet. Wah Pandainya Wira, Cepat Betul Dia Belajar !!
Bagi yang mengenali selebriti Betty Rahmad dan mengikuti perkembangannya pasti mengetahui yang Betty suka berkongsi video gelagat comel anaknya, Ardy Wira. Baru berusia 4 tahun, Wira seorang kanak-kanak yang petah bercakap.
Terbaru, Betty telah memuatnaik satu video yan memaparkan Wira bersama seorang wanita. Rupanya rakaman video tersebut adalah hari pertama Wira memasuki kelas piano. Tulis Betty di ruangan kapsyen, sejak dari dahulu lagi Betty mengimpikan anaknya akan belajar bermain piano.
Hasrat dan impian Betty itu akhirnya termakbul dan kelihatan Wira sangat tekun mempelajari cara bermain piano dengan betul. Perkongsian video oleh Betty ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan kagum melihat gaya Wira yang sangat tekun ketika mendengar apa yang diajar oleh cikgu piano tersebut. Sehingga kini, video Wira belajar main piano telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata pujian kepada Wira. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandainya dia, betul-betul fokus muka tu handsome boy.. Moga Wira jadi insan terbaik.. InsyaAllah.. “
” Wira anak bijak.. Sikit lagi buat lagu plak ok mummy, hehe. Cute lah kalau dengar Wira bercakap, ger4m dengar.. “
” Terang hati sgt Wira.. Alhamdullilah go Wira go made mummy and daddy proud always ok.. Handsome Wira senyum.. “
” Anak syurga bijak sangat.. Suka dengan setiap perkongsian Betty tentang Wira.. Sangat memberikan inspirasi.. “
” Cerdik betul Wira ni.. Anak artis paling cerdik dan sopan tutur kata. Semoga anak ini membesar menjadi anak yg soleh dan membahagiakan semua org.. “
” Tengok Wira memang cepat belajar lah.. Moga Wira membesar jadi anak yg soleh bijak baik n menghormati semua org.. “
” ALLAH! Bijak amat la dia ni.. Aunty hanya doakan awak sihat supaya boleh tgk perkembangan awak membesar.. “
Wira memang anak yang bijak, nampak Wira betul-betul meminati apa yang dipelajarinya. Semoga Wira bukan sahaja menjadi anak yang baik, malah menjadi anak yang soleh serta sentiasa membanggakan kedua orang tuanya, Insyaallah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

