Artis / Selebriti
” Pandainya Aafiyah, bagus amal surah Al-Mulk. Cantik cikgu Aafiyah.. ” – Komen Netizen
Video Siti Aafiyah Membaca Ayat-Ayat Dalam Surah Al-Mulk Bersama Cikgunya Raih Perhatian Ramai. Wah Bagusnya Aafiyah, Kecil-Kecil Lagi Dah Hafal Surah Al-Mulk. Mengira Dalam Bahasa Arab Pun Dah Pandai !!
Meninjau ke akaun tiktok Balqis Aqillah, sebuah video bersama anak penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah telah dikongsikan. Akaun tiktok ini merupakan kepunyaan private tutur atau guru yang mengajar Aafiyah dalam beberapa subjek.
Dalam video yang berdurasi selama 1 minit 35 saat ini memaparkan Aafiyah membaca surah Al-Mulk dan juga mengira nombor dalam bahasa Arab. Guru Aafiyah ini juga memanjat rasa syukur kerana apa yang diajar kepada Aafiyah dapat diingati oleh Aafiyah.
Aafiyah diuji oleh gurunya ini untuk menyebut nombor dalam bahasa arab. Nampaknya Aafiyah lulus dalam mengenal nombor kerana boleh menyebut dengan tepat. Kemudian Aafiyah diuji untuk membaca ayat 1 hingga 2 surah Al-Mulk. Wah, Aafiyah juga boleh menghafal ayat surah tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai juga di kalangan netizen yang memuji kecantikan cikgu Aafiyah. Memang tidak dinafikan cikgu Aafiyah sememangnya cantik orangnya.
Jom tonton video di bawah :
@balqis.aqilahhh Alhamdulillah.. sebagai cikgu sangat berpuas hati apabila anak muridnya faham & ingat apa yang diajar.. semoga Aafiyah menjadi anak murid yang cemerlang & hafizah insyaAllah ..☺️🥰 #fyp #cikgu #privatetutor #privateteacher #aafiyah #sitiaafiyah #sitinurhaliza
Di ruangan komen, ramai yang memuji kepandaian Aafiyah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bagus amal surah Al Mulk..boleh bca setiap mlm sebelum tidur. MasyaAllah alhamdulillah pandainya Afiyah dan terbaik cikgu .. “
” Cikgu pun cntik cam ibu afiyah moga dlm rahmat allh idola sya Siti nurhaliza.. manja kali aafiyah.. terbaik cikgu aafiyah ni.. “
” Alhamdulillah.. pandai nye.. Afiyah.. cikgu pun lawa.. memang semua yang keje ngan tokti pakej cantik macam tokti juga.. “
” MasyaAllah bijaknya afiyah.. Good girl kakak Aafiyah.. tinggi dah siti aafiyah. Pandainya aafiyah – malu cikpah nie.. bijak.. “
Sekadar info, Aafiyah baru berumur enam tahun dan bukan sahaja bijak, malah Aafiyah juga berbakat. Aafiyah juga pandai bermain piano serta pernah bermain piano ketika persembahan ibunya. Kanak-kanak seusia ini sememangnya mudah mengingati apa yang dipelajarinya.

Aafiyah juga nampak sangat manja dengan cikgunya. Kami di berita Kopak mendoakan semoga Siti Aafiyah membesar menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. Tidak mustahil jika Aafiyah menjadi seorang hafizah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Balqiss
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

