Artis / Selebriti
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
Video jawapan balas Bella Astillah ketika diajukan soalan mengenai hantaran yang dimuatnaik oleh ibu mentuanya, Siti Hafiza sempena hari lahir Ayden dan Ara. Win jawapan Bella, tapi ramai tertarik dengan anting-anting Bella tu. Wah ada terselit nama Saddiq lah..
Beberapa hari yang lalu, ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil ada berkongsikan satu posting yang berkaitan dengan cucu-cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Ianya merupakan ucapan hari lahir dan luahan rasa rindunya terhadap Ayden dan Ara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan respon Bella ketika diajukan soalan berkenaan posting Siti Hafiza itu. Bella ditemui dipelancaran butik baharu Solar Time di IOI City Mall dan ulang tahun jenama ini yang ke 44.
Kesempatan bertemu Bella dimanfaatkan oleh pihak wartawan untuk bertanyakan mengenai isu itu. Menurut Bella, dia langsung tidak menahu mengenai posting berkenaan. Jawapan yang diberikan oleh Bella mengenai isu dikatakan tidak membenarkan anak-anak bertemu Aliff disenangi oleh warganet.

Cara Bella mengawal keadaan dengan asakan soalan wartawan yang ingin mengetahui kepincangan yang terjadi antara Bella dan keluarga Aliff dipuji ramai. Bella membuktikan dirinya seorang yang bijak dan memiliki hati yang baik terhadap orang-orang yang berkaitan dengan dirinya.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak GempakNews: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak mengetahui tentang hantaran yang dimuat naik oleh ibu mentua, Siti Hafiza Basharahil sempena ucapan hari lahir buat anak-anaknya. Klik link untuk artikel penuh #BeritaDiTikTok #SembangEntertainment
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bella dah ada kmajuan bercakap dengan wartawan… pandai bella jawab. keep going strong bella.. Good answer bella.. “
” She handled media’s quests so well.. independent woman, yep.. perioodttt.. belajar ngan YB care menjawab di parlimen… nice teacher.. nice partner.. u will be strong.. “
” Bella public speaking dia mjwb dgn wrtawan mmg baik kan, pndai dia.. tak apa Bella, Bella lah ibu dan bapa anak²bella yang terbaik.. “
” Semoga dpermudahkan segala2 nya untuk bella astillah.. anak2 keluarga dan perjuangan yg sdg dperjuangan sekrg dgn ss… Aamiin.. “
” Dia seorang yg sangat menghormati org lain.. Bkn ker yg dimsksudkan EX mk mertua? Yes Bella doa kami selalu buat Bella n YB n keluarga kalian.. “
” Betul….. Bella ni pemaaf, soal anak dye akan tegas laaa… xnk anak dye sakit cm dye rasa.. bagus betul bella ni bertutur.. sopan.. anting2 ba sebelah ss… wwoww confirm gaisss.. “
“Aku x peduli pasal mertua tersakiti ker apa ker.. Yg aku nmpk lawa nyer anting2 bella.. sebelah BA, sebelah SS.. so sweet lah.. “
” Bella ni mmg baik, lembut je cara dia becakap, semoga Bella dan anak2 sentiasa berada dalam lindungan Allah swt aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin.. “
Jawapan Bella yang tenang dan tidak mengaibkan mana-mana pihak. Walaupun banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup Bella dan anak-anak, Bella langsung tidak membuka aib sesiapa. Semoga kehidupan Bella bersama anak-anaknya bahagia dan gembira selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


