Artis / Selebriti
” Paling saya tak sangka itu adalah Nabila Razali.. ” – Stacy Anam
 
																								
												
												
											Video Temubual Bersama Juara The Masked Singer Malaysia Musim 4, Stacy Anam Raih Perhatian Warganet. Pandangan Stacy Mengenai Nabila Razali Tu Paling Win !!
The Masked Singer Malaysia Musim 4 menyaksikan penyanyi yang berasal dari negeri Sabah, Stacy Anam diangkat sebagai juara. Stacy berselindung di sebalik maskot Bunga Matahari dan persembahan Bunga Matahari sememangnya mencuri perhatian saban minggu.
Meninjau akaun Tiktok Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah antara Stacy dan pihak wartawan. Ujar Stacy, anak-anak dan suaminya, Akim Ahmad memang tahu dia adalah Bunga Matahari kerana Stacy berlatih menyanyi hanya di rumah dan identitinya itu tidak dapat disembunyikan.
Stacy turut mengulas mengenai pesaing-pesaingnya di pentas akhir itu iaitu Biskut Aiskrim (Adinda), Mat Helang(Namie), Sang Kancil (Danial Zaini), dan Teratai (Nabila Razali). Paling memberi saingan kepada Stacy adalah Biskut Aiskrim kerana vokalnya yang padu.

Stacy juga memuji Danial dan Namie, pelawak pun ada kebolehan menyanyi yang bagus. Paling Stacy puji dan tak sangka adalah Nabila. Terlalu banyak improvement Nabila dan vokalnya juga semakin hebat. Kalau Stacy yang hebat pun kagum dengan suara Nabila, peminat lagi lah berganda kagumnya dengan kemampuan Nabila.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@remaja.my Min dengar ramai yang buat tekaan tepat! Dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy adalah selebriti di sebalik maskot Bunga Matahari🌻. Kemenangan itu mengenepikan kedudukan pesaing lain seperti Biskut Aiskrim(Adinda), Mat Helang(Namie), Sang Kancil(Danial Zaini), dan Terata(Nabila Razali) untuk merebut gelaran juara. CONGRATS STACY!!! 👏🏻 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #stacy
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Itulah nabila razali dh improve byk nyanyian.. stacy yg penyanyi ni pun puji nabila makin improve wlupun autotune.. ”
” Betoi tak dinafikan suara Nabila Razali sedap dalam masker Malaysia wei aq pown ya percaya.. ”
” Tak lama lagi nabila razali dapat lagu dari bunga cantik dengan hang nadim ni.. apa pun stacy memang terbaik dan layak menang.. ”
” Aku ingat depa kenal sesama depa, rupanya depa pun taktau sapa kawan-kawan depa yg bertanding sama-sama.. ”
” Stacy punya reaction to Nabila Razali is soooo us. Yes mmg tak sangka but improved a lot.. Lurve sangat.. ”
” Oh mereka semua tak tau siapa di sebalik maskot semua ni.. Stacy pun terkejut bila tahu Teratai tu Nabila.. suara banyak kemajuan.. ini yang kita mahu.. ”
” oooo dorang saling tak kenal eh peserta lain tu? ingat dorang2 tau jugak sapa dalam pertandingan tu.. ”
Pengalaman berharga tidak hanya untuk Stacy, malah untuk semua peserta The Masked Singer Malaysia Musim 4 juga. Berlainan latarbelakang seni, namun semua ada bakat dalam nyanyian. Apa-apa pun, tahniah Stacy atas kemenangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Remaja, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
