Artis / Selebriti
” Pakai mikrofon biasa pun sedap. Tapi bila dapat mikrofon Hael perhhh padu suara Nini tau.. ” – Netizen
Video Ernie Zakri Sedang Menyanyi Lagu Raya Barunya Di Sebuah Mall Raih Pujian Ramai. Wah Tak Sangka Ada Beza Rupanya Suara Bila Guna Mikrofon Biasa Dan Mikrofon Mahal Yer, Tapi Suara Ernie Maintain Padu !!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi kecil molek iaitu Ernie Zakri yang memiliki suara lunak dan vokal yang mantap dalam setiap lagu yang dinyanyikan. Boleh dikatakan semua lagu nyanyian Ernie sebelum ini mendapat pujian para peminatnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ernie, telah dikongsikan video yang memaparkan Ernie sedang melakukan persembahan nyanyian di sebuah mall di Johor. Difahamkan Ernie berada di mall tersebut untuk promosikan pakaian raya sebuah jenama terkenal.

Klik gambar untuk info..
Menerusi video itu, Ernie menyanyikan lagu raya bertajuk ‘Hahahaha Hari Raya’ . Namun begitu, ketika menyanyi, mikrofon yang digunakan oleh Ernie tidak begitu kuat didengar. Kelihatan penyanyi Hael Husaini datang kepada Ernie memberikan mikrofonnya.

Setelah menggunakan mikrofon Hael tersebut, nyanyian Ernie kedengaran agak jelas dan kuat. Perkongsian video ini menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan baru tahu perbezaan menggunakan mikrofon biasa dan mikrofon mahal mempengaruhi nyanyian seorang penyanyi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan memuji suara Ernie merdu menyanyikan lagu raya tersebut. Antara komen-komen menarik adalah:
” Wow see bila suara sedap pakai mic biasa pon tetap sedap suaranya tp bila dpt mic hael perhhhh padu suara nini taw.. “
” Banyak beza sound mic hitam & merah rupanya.. Kita bukan penyanyi cffrm2 tak tahu.. Huhu.. Best lagu raya Kak Ninie.. “
” Finally dapat bergambar dgn Kak Ninie semalam.. Bestnya dengar fancam live version.. Pls next year datang lagi yer Kak Ninie.. “
” Loved it when Ernie’s like HAHAHAHAHA Hari Raya.. Kak Ninie, time saya takde kat jb lah Kak Ninie datang, huhu sediss lah.. “
” Thank you Hael Husaini sbb jadi gentleman.. Besttttnyaa laguuu dengan suara ninie catchy sangat.. Terus rasa tak nak raya, hehe.. “
” MasyaAllah. Sedap suara.. Sukaa lagu nii.. Happy jee dengar.. Kalau tahu Ernie nak datang mesti dah pergi.. Tapi tak tahu.. “
” Gaya nyanyi tu ada macam makcik dia lah.. Suka dengan suara Ernie.. Masuk betul suara Ernie dengan lagu mcm ni.. Best.. “
Terbaik lah Ernie, walaupun ada masalah teknikal, mampu menyanyi dengan baik sekali. Dalam masa yang sama ramai peminat mengatakan suka dengan lagu raya baru oleh Ernie ini. Apa-apa pun semoga Ernie terus maju jaya dalam kerjayanya dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG erniezakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen



