Artis / Selebriti
” Pakai mask tak0t jangkitan C0v1d-19, tak pakai tudung ner4ka tak tak0t.. “
PU Syed Sound Orang Yang Pakai Mask Tapi Tak Pakai Tudung Dan Tak Tutup Aurat, Buat Ada Yang Sent4p. Sila Had4m !!
Rancangan realiti dakwah, Pencetus Ummah sememangnya sering mencungkil bakat dan menonjolkan golongan-golongan anak muda yang berilmu pengetahuan agama yang luas. Menjadi pemangkin buat para pendakwah muda, nama Pencetus Ummah Syed atau dipanggil netizen sebagai PU Syed menjadi salah satu nama yang dikenali menerusi program ini.
PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak berasal dari Kuantan Pahang. Pemegang gelaran juara Pencetus Ummah musim 2015 ini mendalami ilmu agama di Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Kepetahan dan kelantangannya dalam berdakwah membolehkannya menerima pelbagai pengiktirafan antaranya Guru Takmir daerah Ipoh.
Beliau juga diiktiraf sebagai salah seorang tenaga pengajar untuk mengajar agama di negeri Perak. Selain itu juga, PU Syed banyak menulis buku-buku agama dan ilmiah dengan nama penanya Abu Umar, antaranya ‘ Indahnya Beradab Dengan Al-Quran & Ahlil Quran.

Menerusi akaun Instagram, PU Syed telah berkongsikan tegurannya tentang sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam dalam etika berpakaian. Tegurannya yang ditulis tanpa selindung menjadi perhatian ramai dan mendapat sokongan daripada netizen. Dah berbuih mulut tegur cara halus tetap tak hadam !
Jom baca perkongsian di bawah :
Penjelasan yang amat jelas dan padu dari PU Syed untuk difahami oleh semua saudara sesama Islam. Tiada niat untuk mengej1, niatnya hanya untuk sama-sama membawa semua ke jalan yang diredhai Allah. Kerana sudah menjadi tugas seorang muslim saling ingat mengingati dan menegur satu sama lain.

Sesungguhnya kewajiban menutup aurat itu hukumnya ‘ Wajib’ dan semoga teguran PU Syed ini dapat diterima oleh semua. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Syed sentiasa diberi kesihatan dan umur yang panjang. Moga usaha dakwah PU Syed dirahmati dan dipermudahkan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG PU Syed by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

