Artis / Selebriti
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video reaksi Fattah Amin ketika ibu Azizah memberitahu besannya ada di Johor ketika live buat warganet terhibur. Tak boleh cover dah muka Abang Long tu. Mata jeling-jeling, confirm Kak Long ada sama tu. Ibu Azizah dah pandai aneh-aneh ye, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cute dan Fattahamiraa, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sesi live Fattah Amin bersama ibunya, Azizah dan adik-adik. Seperti sebelum ini, ibu Azizah dan anak-anak akan menunjukkan tutorial gaya tudung.
Menerusi video perkongsian tersebut, Fattah berdiri di belakang ibu Azizah dan bertanyakan gaya tudung yang ibu gayakan itu sesuai untuk majlis apa. Ibu spontan menjawab ianya sesuai untuk ke majlis konvokesyen dan juga ke rumah besan.
Mendengar ayat ke rumah besan, Fattah mengiyakan sahaja jawapan ibu. Ibu pula menyambung ayat mengatakan besannya ada di Johor. Automatik wajah Fattah berubah dan malu-malu. Adik Fattah pula seakan-akan mengusik dan mengulang ayat ke rumah besan itu.

Memahami ayat itu akan membuatkan viewers memikir yang bukan-bukan, spontan ibu Azizah menyebut ‘ jangan aneh-aneh ‘. Ekpresi wajah Fattah itu yang mencuit hati warganet. Abang Long sampai tak senang duduk dibuatnya, lawak sungguh reaksi Fattah.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamiraa terus blushing yg belakang tu ek cakap besan kat johor🤣🫵🏻 . . . #fattahamin #amiraothman #fyp #foryou #fypage #trending #foryoupage
@cute08628 #IbuAzizah #tudungazizah #fattahamin #amiraothman #fattmira cr live TT fattah Amira
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bila banglong senyum, aku dah faham tapi buat-buat tak faham.. Ibu dah pandai aneh-aneh ek.. adik pun usik kuatkn perkataan ..rumah besan ibu kata.. “
” Ibu dah spill tu nak gi rumah besan dekat johor haha.. fattah kna tgk smula muka dia msa ibu ckap besan dia kt Johor .. klakar.. “
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat.. Ibu pun dah tahu aneh anek ek.. ibu azizah pun dah pandai ckp korang jgn aneh2 ye.. words Amira Dan berjangkit kat Fattah family.. “
” Yang belakang tu pulak blushing, siap cakap seram sejuk lagi.. hahahaha.. ibu pun pndai menyakat.. muka jangan nampak sangat bang long haha.. “
” Fattah takut ibu terlepas cakap ke tu haha.. Ibu nak masuk store jugak ni hehe.. ibu boleh buat live sekali dengan irfan pasni, mesti meriah.. “
” Muka dah cuak dekat belakang haha.. seram sejuk abang long.. pasni ade kua vtt org zoom muka abglong cuak lak haha.. nasib ada keluarga ipar dekat Johor.. “
” Sebut Johor je blushing bang long haha.. Kenapa rasa seram sejuk tu bang long.. ibu jangan macam macam, nanti kena simpan dekat stor haha.. “
Tak senang duduk Fattah mendengar perkataan besan oleh ibu Azizah itu. Tidak dapat cover lagi muka blushing Fattah. Mungkin tak lama lagi bertambah besan ibu Azizah orang Johor, sama-sama lah kita mendoakan untuk Abang Long dan Kak Long.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattahamiraa, Tiktok Cute
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
