Artis / Selebriti
” Orang baik di mana-mana, semoga dimurahkan rezeki Pak Azad.. ” – Komen Netizen
Mahu bantu Kiah Propa menguruskan suaminya, ramai puji sumbangan yang diberikan oleh Pak Azad untuk Kiah Propa. Pak Azad menahan sebak apabila mendengar kisah Kiah Propa..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian beberapa buah video yang memaparkan Kiah Propa hadir ke konti radio telah meraih perhatian ramai. Kiah Propa telah dijemput ke konti Era untuk segmen 3 Pagi Era dan berkongsi kisah hidupnya.
Umum mengetahui yang Kiah propa telah berkahwin semula dengan bekas suaminya, Mohammad Nazri Ismail baru-baru ini kerana ingin menjaga suaminya yang menghidap kanser leher tahap empat. Niat suci Kiah ini telah menerima pujian ramai orang.
Bukan sesuatu yang mudah buat Kiah untuk menguruskan suaminya kini yang tahap kesihatannya menunjukkan semakin merosot. Apatah lagi untuk kudrat seorang wanita yang perlu menguruskan kesemuanya. Mendengarkan kisah ini, Pak Azad berasa sedikit tersentuh.

Pak Azad ingin menderma sebuah kerusi roda elektik bagi memudahkan Mohammad Nazri bergerak ke sana dan ke mari berbanding hantar terlantar di atas katil. Menurut pak Azad, dia berasa sebak kerana ahli keluarganya juga ada yang menghidap kanser.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Org baik di mana2. Semoga Allah kurniakan syurga utk smua insan2 yg baik ni.. murah rezeki pak azad.. smoga kalian dilimpahi rezeki.. “
” Semoga pak azad dimurah kan rezeki.. alhamdulillah…..terima kasih orng baik.. Semoga Allah murahkan rezeki Kiah /Kak Rock untuk bantu suami. Aamiin… “
” Semoga dimudahkan urusan semua .. cuba ambil kak rock utk jd DJ. mungkin cara ni blh kurangkan bebanan beliau sekeluarga.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.. kak kiah masuk2 cam gangster hahahhah.. utk abg azlan komeng skli kalau boleh diusahakan.. “
” Salam ceria semangat.. semoga dipermudahkan segala urusan.. terharu dgr pengalaman hidup dia.. kuat semangat baik penoh kasih sayang.. “
” Serba salah jadi kak kiah ni ..dkt sana org tua pun perlukan dia , suami perlu ..ank ank sek trpaksa ponteng . katil hospital tu bagus…boleh laras..nak baring nak duduk blh sandar.. “
” Salam SEMUA Saya salute Kak kiahpropa . Semoga dipermudahkan segala urusan, dilimpahi ReZeki, Kuat dgn Ujian ALLAH Sy Dari SINGAPURA.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat Kiah Propa dalam menguruskan suami dan ahli keluarganya. Terima kasih juga diucapkan kepada Pak Azad yang cukup prihatin dan mehu mendermakan kerusi roda elektrik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

