Artis / Selebriti
” On point betul dialog ni, kelakar tengok masing-masing punya gaya, hahaha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Abby Abadi Dan Memey Suhaiza Buat Parodi Babak Dalam Filem Madu Tiga Buat Ramai Terhibur. Buat Hal Betul Lah Dua Orang Ni. Hari Tu ‘ Perempuan Itu ‘ Kali Ni ‘ Madu Tiga ‘ Pulak. Siap Dengan Gaya Muka Geram Masing-Masing, Kelakar !!
Umum mengetahui hubungan baik antara Abby Abadi dan juga Memey Suhaiza. Abby juga sudah menganggap Memey seperti adiknya sendiri. Mereka sering dilihat melakukan aktiviti bersama seperti bercuti, makan-makan dan banyak lagi.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Abby telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama Memey. Menerusi video tersebut, Abby dan Memey sedang melakonkan kembali satu babak dalam filem Madu Tiga dengan membuat lips sycn dialog dalam babak tersebut.
Abby memang watak sebagai Latifah iaitu isteri pertama, manakala Memey pula memegang watak isteri kedua, Hasnah. Telatah kedua mereka menerusi video ini telah menarik perhatian warganet. Alahai betul-betul menghayati watak dengan penuh gaya.

Sehingga kini, video terbaru yang dikongsikan oleh Abby ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Bila namanya pelakon, bagi lah apa sahaja watak, pastinya akan dilakonkan dengan real walaupun hanya sekadar suka-suka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat lakonan Abby dan Memey. Antara komen-komen menarik adalah :
” On point betul dialog ni, kelakar tengok masing-masing punya gaya, hahaha.. Comel betul tengok kalau dua orang ni berlakon.. “
” Alhamdulillah.. Walau dah berp1sah masih boleh berbaik2 demia anak2.. Semoga ukhuwah kedua2 keluarga berpanjangan hingga ke jannah.. “
” Hari tu perempuan itu.. Ini kisah madu 3.. Lps ni apa plk ei.. Lawak la korg ni.. Penat gelak tengok muka ger4m masing-masing. .”
” Dua2 menjiwai watak betul kan.. Abby punya ger4m tu memang tak leh tahan.. Kelakar betul sekali mulut dibuatnya.. Sabar jelah.. “
” Dierg berdua ni suka perangat netizen.. Last2 netizen bertelag4h dierg berdua cool je, hahaha suka tgk awak berdua tau.. “
” Hahahahahahaha jarang-jarang dua2 ni tak comel.. Smg ukhwah kekeluargaaan kalian terjalin erat smpi lah akhir hayat.
” Ser4m sejuk dialog korang ni, macam sama plk jalan cerita ni.. Hilang mengantuk terus, hahaha tapi memang cool lah korang.. Semoga korang terus bahagia.. “
Apa-apa pun ianya hanyalah sekadar hiburan daripada Abby dan Memey buat pengikut mereka yang sentiasa menyokong kerjaya mereka berdua. Semoga Abby serta Memey sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mamayebbyyabadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
