Artis / Selebriti
” Okey part ‘hey, what’s up guys’ memang sebijik betul, berdekah gelak.. ” – Netizen
Video Parodi Daniel Zaini Sebagai Khairul Aming Dalam Rancangan ‘Gelak 90 Saat’ Buat Penonton Berdekah Ketawa. Lawak Betul Daniel Ni, Bab Tiru Orang Memang Pakar. Siap Buat Mimik Muka, Nama Pun Bukan Main Lagi. Lawak Betul, Haha !!
Pelawak Danial Zaini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya mula menjadi perhatian ketika menyertai pertandingan Lawak Solo terbitan Astro beberapa tahun lalu. Umum mengetahui yang Daniel ‘pakar’ meniru suara orang lain.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Zon Lawak telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Daniel ketika menyertai rancangan ‘Gelak 90 Saat’ . ‘Gelak 90 Saat ‘ merupakan rancangan permainan realiti berbentuk perlawanan liga ‘kalah mat1’ antara kumpulan pelawak yang perlu membuat target atau barisan juri yang dipilih ketawa dengan persembahan spontan mereka.
Menerusi video tersebut, Daniel meniru gaya instafamous terkenal dengan video masakan iaitu Khairul Aming. Pada awalnya Daniel menyebut treadmark Khairul Aming iaitu ‘ Hey, what’s up guys ‘ dan di samping Daniel turut ada bersama adalah pelawak Shashic.

Daniel turut memperkenalkan namanya sebagai ‘Keyo Ameng’ kepada para penonton sambil menahan ketawa. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi Daniel, menarik betul menu masakan tu, hehe.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyatakan rasa terhibur melihat gelagat Daniel meniru gaya Khairul Aming. Antara komen-komen menarik adalah :
” Okey part ‘ hey what’s up guys’ memang sebiji betul, berdekah aku gelak.. Aku ingatkan Khairul Aming, hahahaa.. “
” Daniel kau memang kan.. Kalau tak buat perangai memang tak sah.. Tunggu Khairul Aming tengok video ni, tgk Khairul Aming nak komen apa.. “
” Aduhai pecah perut ketawa tau.. Vibe Khairul Aming ni bukan kaleng-kaleng wooo.. Sampai boleh buat jadi content, hehe menarik sangat.. “
” Semua dia boleh tiru beb, hahahah… Nak oder sambal nyet dekat Keyo Ameng boleh tak, hahahahahaha… Penat aku gelak.. “
” Tak leh blar blah betul lah.. Keyo Ameng ehhhhh.. Khairu Aming is watching, hahahahahah.. Sapa yang gelak mengilaiii tu, mesti Dato’ AC.. “
” Aming tak tengok lagi ni.. Tolong bagitau minta dia buat Dr Azizan Osman, hehehe muka Daniel ada iras muka Dr Azizan.. “
” Ni Khairul Aming ke Chef Wan, hahahahaha.. Part dia sebut menu masakan tu memang lawak habis, panjang bebenor, hahahaha.. “
Sampai mengah Daniel gara-gara menyebut nama menunya yang panjang itu. Memang menjadi betul Daniel meniru gaya Khairul Aming. Ramai yang telah tag Khairul Aming di ruangan komen pada video yang dikongsikan oleh pihak Astro di aplikasi Tiktok.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak, TikTok @astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



