Artis / Selebriti
” Ok ni lawak. Ya Allah, memang bapak-bapak macam tu kan.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Fizo Omar Muatnaik Video Perbezaan Antara Fizo Dan Isterinya, Fazeera Nazri Menjaga Anak Buat Ramai Terhibur. Ad0i, Baby Wan Khaleeda Buar Muka Redha Sangat Bila Daddy Jaga. Segala Macam Makanan Kena Suap Dengan Daddy, Haha !!
Menjaga anak-anak ketika kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula ketika mereka masih lagi bayi. Sama ada ibu atau bapa yang menjaganya, kedua-duanya terdapat beberapa perbezaan dalam menjaga anak-anak.
Inilah yang dikongsikan oleh Fizo Omar di akaun Instagramnya. Fizo telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan perbezaan apabila anak dijaga oleh ibu atau bapa. Apa pendapat anda apabila menonton video ini ?
Apabila anak di bawah jagaan seorang ibu, makanan berkhasiat disediakan oleh si ibu. Malah ibu juga akan menyuapkan makanan ke mulut anak. Manakala jika anak di bawah jagaan bapa, apa yang ada sahaja disuap. Asalkan boleh, haha.

Perkongsian ini telah menerima lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Ramai yang terhibur melihat gelagat Fizo menjaga Khaleeda. Macam-macam makanan dijamu buat Khaleeda, haha.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman yang sama. Antara komen-komen yang diberikan :
” Betoi… kalau bg ayah semua nak suap… adui.. Segala mcm jajan daddy bagi . haha selok pok pun.. boleh jd pelakon ni.. “
” Bila bapak jaga anak2. Mak kena redha jela.. Mmg gitu laaa bila ngn org lelaki janji ank diam.. tak nangis.. hidup.. “
” Bapak klw jaga anak baju tdo pakai siang… Baju siang pakai malm… Pastu pulak… Baju kale lain.. Seluar kale lain.. “
” Ok ni lawak. Ya Allah memang bapak2 macam tu kan. Kalau husband saya, dia suap anak mcm tu je. Takde la pikir baju anak kot0r ke apa. Sebab dia cakap baju boleh salin.. “
” Saya tak pernah t1nggalkan anak2 dgn suami.. especially umor2 baby gini . Rasa mcm kasi masok mulut rimau aje.. “
” Klau suami sy jaga, dia tk boleh tgk anak dia mintak air nes dia.. dia bg minum.. dia kata kesian tgk muka anak minta.. “
” Betul sngguh…. klu tgl ngan papa rebus maggi je bg ank2….. haihhh bertabahla.. asal boleh je eh daddy.. rasa nak cpt balik keje.. “
” Memang berBeza daddy and mummy bg ank pandai abg joe berlakon hehe.. Jgn kata bab makan.. bab baju anak pn dia boleh bagi anak pakai yg newborn.. “
Namun tidak semua bapa yang menjaga anak sebegini. Pastinya ada bapa yang rajin menyediakan makanan buat anak. Mungkin satu dalam seribu orang bapa mungkin, hehe. Apa-apa pun, memang terhibur melihat perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
