Artis / Selebriti
” Oh macam tu cara buat air ketuban pecah.. ” – Netizen
Video Di Sebalik Tabir Drama Takdir Itu Milik Aku Buat Ramai Terhibur. Patutlah Nampak Real Babak Emma Maembong Hendak Bersalin Ni, Rupanya Bukan Mudah Juga Nak Lakonkan !!
Drama Takdir Itu Milik Aku yang bersiaran di saluran Astro Ria telah mendapat sambutan ramai kerana lakonan Emma Maembong yang cukup menyentuh hati. Namun di sebalik babak yang menyentuh perasaan ini sebenarnya bukan suatu yang mudah untuk dilakonkan.
Menerusi akaun Instagram, Emma ada berkongsi video di sebalik tabir salah satu babak lakonannya. Babak tersebut merupakan babak Emma hendak bersalin yang mana pada ketika itu air ketubannya mulai pecah. Jika anda menonton drama ini, babak ini nampak sangat real.
Untuk menjadikan sesuatu babak itu seperti situasi sebenar, Emma telah berkongsi cara yang mereka lakukan untuk menunjukkan air ketuban telah pecah. Rupanya mereka menggunakan pam air. Nampak sangat kelakar dan Emma juga terhibur.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di sebalik babak yang menyentuh hati ini sebenarnya agak kelakar. Lihatlah semua krew bersungguh-sungguh melakukan babak ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton babak ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Bila citer dah abes, masa kuar kredit, bubuh title apa ek..? tukang pam air ketuban ehh. hahahaha.. Emma mmg real la berlakon. Hebat .. “
” Baru aku tau rupanya air ketuban tu ada org yg pamkan .. Blh tak emma bgtau mcmana scene pecah pinggan kat kepala tu ? Ngeri sgt tgknya.. “
” Emma berlakon mmg hebat pndai main emosi dan seret penonton sekali.. bab muke sedih, real mngis, dan muke xde perasaan tu mmg real sesangat.. terbaik emma.. “
” Ohh mcm tu cara buat2 air ketuban pecah .. Kalau la aku tengok ni live confirm sampai esok belum tentu korang boleh teruskan shooting.. “
” The greatest behind the scenes ever lived.. spray bunga jugalah cun.. Tp mmg emma pregnant dlu jln mengangkang ke..haha..sb xajin tgk org jln gtu.. “
” Omg. I thought what was happening. It was so real eh. Kak emma pelakon hebat, komited dan terbaik. cerita ni adohhhhhhh sgt myakitkan .. “
” Ngis2 layan cte ni… hebat2 semua.. Adoi tong racun pokok laman saya ni .. Alamak bestnya di sebalik belakang tabir.. “
Pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apakah pengakhiran drama ini untuk Dian yang dilakonkan oleh Emma. Emma sememangnya berjaya menjiwai watak Dian dalam drama ini denga baik sehingga ramai penonton mengalirkan air mata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



