Artis / Selebriti
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq merajuk dengan Bella Astillah buat ramai terhibur. Part last kelakar, tak sempat YB nak merajuk lama-lama. Dengar ayat Bella, terdiam terus YB, haha..
Keserasian bersama membuatkan semakin hari, semakin banyak jenama yang melantik Bella Astillah dan YB Syed Saddiq menjadi duta. Pasangan ini boleh dikatakan tengah ‘laku keras’ sekarang. Peminat pasangan ini menggelar mereka sebagai BASS (Bella Astillah Syed Saddiq).
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik inayahbeautytrading, telah dikongsikan video terbaru Bella bersama YB Saddiq ketika mereka sedang melakukan promosi untuk sebuah produk. Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah telatah YB Saddiq yang seakan-akan sedang merajuk dengan Bella.
Seloroh YB Saddiq, Bella sekarang tidak lagi mahu melihatnya. Mendengar apa yang dikatakan oleh YB Saddiq itu, Bella menyakat kembali dengan berkata YB Saddiq sekarang mempunyai ramai peminat, manakala dia pula tiada sesiapa dan hanya sebatang kara.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Tulis mereka, terhibur melihat telatah YB Saddiq merajuk dengan Bella. Sehingga kini, video tersebut ditonton puluhan ribu tontonan dan menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@inayahbeautytrading Pandai Yb mengusik bella eh🤣#bellaastillah #syedsaddiq #gattox #fyp #bass
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah YB Saddiq serta Bella. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Yb be like: lahh sebatang kara.. Abes sy yg slalu ade dngn awk ni .. Ye la sy kan yg ke 4. pergi la dekat lee min ho tu, haha.. “
” Sebatang kara tu maksudnya dia single la YB .. Jadi maksudnya dia nak ada org jaga.. Yb jangan loading2 lg yer.. “
” Tak sempat YB nk merajuk lama2.. Dgr ayat bella sebatang kara terdiam terus YB.. Kelakar lah couple ni, hehe.. “
” Aloalooo. Sape yg majuk ni YB.ke Bella yg majuk.manja betul dua2 ni.. Btw merajuk2 pun nampak sweet sangat tau.. “
” Ayat Bella tu macam cemburu je, hehehe YB ramai peminat sekarang.. Apa lagi YB, jangan tunggu lama2 ok. Cepat2.. “
” Ala2 merajuk la pula dua2 ni paya2 kahwin ja lah habis cerita merajuknya.. Nak main sangat kan merajuk, hehe.. “
” Masalahnya dorang merajuk pun nampak sweet dan comel.. Kita tengok video ni pun senyum2 sorang2.. Blushing.. “
Jarang-jarang nak tengok YB Saddiq merajuk seperti ini, kelakar juga yer. Part last, reaksi YB Saddiq ketika mendengar apa yang dikatakan oleh Bella juga mencuit hati ramai. Nampaknya YB Saddiq tak sempat nak merajuk lama-lama, nanti Bella pun akan merajuk juga, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok inayahbeautytrading, IG basscntents
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


