Artis / Selebriti
” Ni namanya konsert drive-thru. Kepom punya level tak ada orang boleh saing, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Elly Mazlein Menyanyi Secara Terbuka Di Majlis Raya Buat Warganet Terhibur. Sekali Kak Lina Buat Free Show, Jammed Terus Jalan Raya Sebelah. Dah Macam Konsert Drive-Thru Dah Ni, Haha !!
Siapa tidak kenal dengan perangai gila-gila Elly Mazlein atau mesra dengan sapaan Kak Lina Kepom. Selain sebagai penyampai radio Era, Kak Lina juga masih aktif membuat persembahan nyanyian dan menerima banyak undangan untuk majlis-majlis khas.
Meninjau akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan gelagat Kak Lina ketika menyanyi di sebuah majlis hari raya anjuran Kedai Emas Merchant. Memandangkan majlis ini diadakan di kawasan terbuka dan bersebelahan dengan jalan raya, Kak Lina membuat sesuatu yang tidak diduga.
Dapat dilihat, Kak Lina menyanyi sambil badannya dipusingkan ke arah jalan raya yang penuh dengan kereta. Alang-alang menghiburkan tetamu, yang dalam kereta pun dihiburkan oleh Kak Lina dengan nyanyiannya itu. Apa lagi, tergelak semua yang merakamkan gelagat Kak Lina.

Kak Lina memang sporting dan pandai menceriakan semua orang. Kata Kak Lina, dia banyak tugasan pada hari itu, bukan sahaja menghiburkan tetamu di khemah tetapi juga yang di jalan raya. Memang penyanyi versatile lah Kak Lina ni, salute lah.
Jom tonton video di bawah :
@iylafadzila Yg atas kete pun nak rakam so kena perform jgk atas stage 🤣🤣 kelakar la kak lina no syatu.. hahahaha.. #fyp #foryoupage #kedaiemasmerchant #openhouseikatanraya2024 #penyanyi #ellymazlein #kaklinapompom
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni namanya konsep drive thru haha.. So kak lina yg menyebabkan jammed tadi.. hahahahaha.. sporting g1la kak lina ni, love you.. ”
” Nyanyi pon ada drive thru na sekarang hehe. memang no syatu lah kak kepom.. menang besaq cara ni.. ”
” Bertuahnya dorg, kita nk jugak Kak Linaaa. Sebab tu kepom no syatu. Kat mana2 pun boleh entertain org.. ”
” Ni bru primadona dimana-mana tetap no syaatu… berskala besaq oi… padu.. Terhibur tgk kak lina… no syatuuu sentiasa.. Lebiu kak lina.. ”
” Ni artis internasional.. Berapiiii ekkkk kepom.. Bgs kak lina..pasni konsert tgh jlnnn agituww.. ”
” Awak jarang nak kalah ek ellymazlein .. nah apommmm.. tk pernah mengecewakan pasti menghiburkan.. ”
” Penyanyi berskala besar, Kepom pnya level x de org blh saing.. The REAL free show.. Concert drive thru.. Susah weh artis nk buat konsert khas utk kita sorang ngadap jalan pulak.. ”
Kak Lina sememangnya penghibur yang another level. Bukan setakat menghiburkan tetamu yang hadir tetapi juga yang di jalan raya juga. Ini baru betul-betul penghibur sejati, Kak Lina memang nombor syatu lah. Untung lah semua yang melalui jalan itu dapat menonton free show Kak Lina secara live.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
