Artis / Selebriti
” Ni bukan untuk Jayden je, dengan aku pun nangis baca.. ” – Komen Netizen
Muatnaik gambar kenangan bersama Jebat Jayden dari bayi sehingga sekarang, perkongsian Noornabila sempena hari lagi Jebat buat ramai menangis. Lagi-lagi part perpisahan dengan Baba Jebat tu, sedih sangat..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Noornabila, telah dikongsikan beberapa keping gambar kenangan Nabila bersama anak tunggalnya, Jebat Jayden. Bersempena ulangtahun kelahiran Jebat yang ke 7 tahun hari ini, Nabila mencoretkan satu ucapan khasnya untuk Jebat.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang wanita dengan kehadiran seorang anak. Kata Nabila, dirinya merasa seperti baru sahaja menyambut kelahiran Jebat dan kini Jebat sudah pun membesar menjadi seorang anak yang baik dan sangat memahami.
Nabila turut meluahkan mengenai perpisahannya bersama Sharnaaz dan kenangan mereka menjaga Jebat ketika Jebat masih bayi. Itu semua pastinya tidak akan mampu Jebat ingati kerana dirinya masih terlalu kecil. Kadang kala perasaan bersalah menghantui Nabila kerana perpisahan itu memberi impak kepada kehidupan Jebat.

Kekurangan untuk menjadi sebuah keluarga yang normal seperti keluarga lain tetapi Nabila bersyukur kerana Jebat anak yang sangat matang walaupun masih kanak-kanak. Nabila juga mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Jebat kerana banyak mengajarnya menjadi ibu yang terbaik.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni bukan untuk Jayden je dengan aku pun nangis baca.. happiest birthday clever boy.. nt dh besar jaga mommy elok2.. syurga awak tu.. “
” Happy Birthday Jayden. Semuanya Ketentuan Ilahi. Love reading every word..kudos to mommy and baba.. “
” Masyaallah, beautifully written. I was really holding my tears when i read this. Happy birthday Jayden comel. May you grow up to be a fililal son to mummy and baba. I know you will.. “
” Am crying.. how i miss my late mom so much.. I wish all divorcee with kids can see how you see the child happiness comes 1st regardless our history with our ex’s.. “
” Apa ni buat orang sedih sekali.. Happy birthday Jebat Jayden. mommy dan baba Jebat adalah yang terbaik dan jebat pasti memahaminya satu hari nanti.. “
” Alaa sedih la baca wish mummy kali ni. touching sangat.. nangis baca caption.. wishing you both endless love and happiness. “
” Okay jap lap air mata. From a widowed single mom, sending a stranger love to you and Jayden, I feel you. I pray for your strength and comfort. Allah gives His toughest battles to His strongest soldier. Keep on shining Bella. Happy birthday Jayden.. “
Ucapan yang membuatkan ramai menitis air mata, luahan hati yang paling dalam daripada Noornabila untuk Jebat. Segalanya ketentuan Ilahi dan pastinya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Nabila sudah menjadi mommy terbaik untuk Jebat begitu juga Sharnaaz. Semoga kebahagiaan sentiasa mewarnai kehidupan Jebat Jayden.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

