Artis / Selebriti
” Ni baru la nampak the real Afifah. Cantik macam Princess Jasmine versi sopan.. ” – Netizen
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Afifah Nasir Dan Suaminya Bertemakan Padang Pasir Raih Pujian Ramai. Wah Betul-Betul Naik Seri Afifah Dengan Makeup Look Macam Ni. Macam Puteri Raja Arab, Cantik. Suami Afifah Pun Handsome Weh !!
Pelakon cantik dan tinggi lampai yang juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir iaitu Afifah Nasir telah pun selamat disatukan dengan pasangannya, Syed Hariz Syed Azmi. Pasangan ini memilih tarikh cantik 5.5.2024 sebagai tarikh bersejarah untuk mereka.
Majlis akad nikah dan resepsi sebelah pengantin perempuan diadakan pada hari yang sama dan Afifah ada berkongsikan moment indah itu di akaun media sosial miliknya. Meninjau akaun Instagram Afifah Nasir, telah dikongsikan pula gambar-gambar yang memaparkan majlis resepsi sebelah pengantin lelaki.
Tema padang pasir menjadi pilihan dan kata Afifah tema ini permintaan daripada bapa mertuanya sendiri. Manakala pemilihan warna biru untuk busana Afifah kali ini pula pilihan suaminya. Afifah tampil berbeza dan berseri-seri dalam makeup sentuhan Schanooladiva.

Memetik komen warganet, Afifah kelihatan seperti puteri Arab dalam tema ini. Ada juga yang mengatakan Afifah seperti Puteri Jasmine dalam cerita Aladdin. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua Afifah dan Hariz. Tidak hanya cantik dan handsome, kedua-duanya juuga tinggi lampai.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Afifah ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni baru la nampak the real afifah. Cantik wooo.. macam Shivangi dekat dalam cerita naagin.. meletopp.. ”
” Yess.. saya jarang nak komen-komen… tapi yang super menyerlah… Naik seri yang memakai… sesuai.. Ur fil memang artistic.. ”
” Yang ni baru cantik, naik seri pengantin. Dress mekap super perfect.. macam barbie, so gorgeous.. ”
” Ahhh cantikknya .. Selalu tengok artis kwin .. kali nie afifah nie lain sikit .. sangat cantik makeup, love sangat .. naik seri muka tu.. cantik .. tahniah idoll.. ”
” Cantik macam princess jasmine.. love yang ni. naik seri betul, memang kena dengan terserlah keayuan kesopanan ala2 princess arab.. lovelyyy.. ”
” Cantiknyaa… Makeup ne yg paling sesuai dgn pipah… Naik sgt seri wajah pengantin… Well done kak shano.. ”
” Ni mcm Princess Jasmine versi sopan. Tetamu mesti terpukau tgk kejelitaan menantu tuan rumah… I feel that.. ”
Bijak pilihan bapa mertua Afifah, sesuai tema ini dengan Afifah dan suami. Pastinya majlis ini akan menjadi kenangan manis untuk pasangan pengantin baru ini. Apa-apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru Afifah daripada kami di Berita Kopak. Semoga berbahagia sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Afifah Nasir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen




