Artis / Selebriti
” Nasib baik ada bukti untuk netizen yang mulut tak jaga perasaan orang.. ” – Komen Netizen
Siti Sairah kongsikan satu lagi video baru bukti Amad Dayyan alami gangguan sebelum konsert. Ceria betul Amad, penuh semangat nak perform tetapi sayang, semuanya jadi tak seperti yang dirancang. Kesian Amad kena kecam, tapi ini perkara sebenar yang jadi..
Sebelum ini, Siti Sairah ada berkongsikan satu video menunjukkan kejadian ketika Amad Dayyan mula merasa tidak selesa dan rentetan daripada itu, Amad rebah di atas pentas dan tidak dapat menyempurnakan nyanyiannya sebagaimana yang telah mereka rehearsal sebelum itu.
Masih ramai mengecam Amad dan mengatakan ianya hanya lakonan semata-mata. Namun realitinya ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan melibatkan makhluk ghaib. Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Siti Sairah, sambungan bahagian 2 pula dimuatnaik untuk tontonan umum.
Amad penuh ceria ketika sedang bersiap. Sempat makan dan bercakap dengan Dato’ Siti Nurhaliza di talian, banyak kata-kata semangat diberikan oleh DS Siti kepada Amad dan Nadeera. Amad memang kelihatan cukup sihat dan penuh bertenaga melangkah untuk memberikan all out di pentas akhir itu.

Namun sayang, hanya berbaki 5 minit sebelum Amad naik ke pentas, semuanya terjadi dengan cukup pantas. Bantuan rukyah daripada Ustaz Mujahidin diberikan kepada Amad untuk memulihkan Amad pada ketika itu. Sedih hati warganet melihat video ini.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Lebih 17 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terima kasih keluar kan video ni.. tak perlu keluar kan dgn kata2.. cukup bagi gambaran sebenar supaya semua tutup mulut tempayan mereka..kami hargai nya.. be strong amad and family..kami doakan yg baik2 utk amad.. “
” Nasib baik ada bukti untuk netizen yang mulut tak jaga perasaan orang. The way paknil peluk amad. Sebak sangat nampak paknil sayang sangat dkt amad. Kuat ya amad. Ada rezeki besar yang menanti mu. Awak bintang yang sangat bersinar.. “
” Walaupun dlm keadaan sakit tu dia cuba sedaya upaya dan suara dia masih sedap didengar di telibga sy ketika tu,terus maju jaya amad,jgn putus asa,awk ada bakat yg sgt besar.. “
” Allahuakbar menangis tengok part 2 ni… anak sekecil ini nak kena tanggung kesakitan sebegitunya.. kuatnya Amaddd. InsyaAllah ada rezeki yang lebih luas menanti Amad di luar sana… Semoga Allah sentiasa melindungi Amad sekeluarga.. “
” Sedih tgk harapan amad besar utk program kalini tpi tkpee ada ganjaran besar Allah nk bgi atas semua dugaan ni Insya Allah.. kuat yee amaddayyan.. “
” Stiap Kali tgk video2 Amad stiap tu jga laa meleleh airmata seorg ibu.. sdih gilaa sbb dri mula smpai akhr ikuti Amad,ttba Amad diuji sbegini,sedih sgt.. semoga Amad trs shat dn sntiasa dlm jgaanNya,in Sha Allah aamiin3 ya Allah.. “
” Ya Allah,,, sebak tengok Amad kesakitan cam tu, semoga Allah selalu melindungi Amad dan family dari hal2 yg buruk . Aamiin ya Allah.. “
” Macam ni ke masih ada yg boleh cakap anxiety? Memandai je… Kat malaysia ni masih wujud lagi orang guna ilmu hitam. Setiap kali tgk video amad… Sedihhh.. “
Kun Faya Kun, apabila Allah mengatakan jadi, maka jadi lah ia. Segalanya di luar kemampuan Amad dan Amad sudah mencuba sekuat yang boleh untuk melawan rasa sakit yang dialaminya pada waktu itu. Apa jua yang telah terjadi, sama-sama kita doakan agar semangat Amad cepat pulih dan bebas daripada gangguan mistik ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sairah Taruddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


