Artis / Selebriti
” Nangis pulak tengok video ni. Berjauhan demi menuntut ilmu Allah.. ” – Netizen
Video Datuk Ziela Jalil Melawat Anak Lelakinya, Ibrahim Junid Abdullah Di Yaman Buat Warganet Tersentuh. Sayu Tengok Ibrahim Pel0k C1um Mamanya Tu. Peng0rbanan Dalam Menuntut Ilmu, Anak Soleh Mama Yang Kuat !!
Menurut laporan portal Berita Harian, pada tahun lalu Datuk Ziela Jalil dilaporkan telah pun menghantar anak bongsunya, Ibrahim Junid Abdullah ke Yaman untuk mendalami ilmu agama. Ibrahim yang ketika itu baru berusia 10 tahun menurut kehendak Mamanya ini.
Setahun sudah berlalu sejak Ibrahim ke Yaman dan kata Ziela untuk tahun pertama dan kedua, pelajar tidak dibenarkan bercuti dan ibu bapa yang perlu ke sana sekiranya mahu bertemu anak. Meninjau akaun Instagram Ziela Jalil, telah dikongsikan video Ziela bertemu Ibrahim.
Sayu hati warganet melihat air mata Ibrahim jatuh sambil memeluk Mamanya. Ibrahim dilihat mengucup berkali-kali tangan Ziela. Hati anak semuda ini pastinya sedih apabila dapat berjumpa ibu setelah sekian lama tidak bersua. Rasa rindu pastinya menggunung kerana jarak yang beribu batu.

Ziela turut menulis di kapsyennya ucapan hari lahir buat Ibrahim. Hari ini 8 Disember merupakan ulangtahun kelahiran Ibrahim yang ke 12 tahun. Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan arwah abahnya, Ibrahim anak yang istimewa dan terindah dalam hidup Ziela. Doa Ziela sentiasa mengiringi Ibrahim dengan harapan Ibrahim akan berjaya dunia dan akhirat. Menuntut ilmu di tempat istimewa dan Ibrahim insan yang terpilih.
Jom tonton video di bawah :
Perkonghsian oleh Datuk Ziela ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday Ibrahim.. dah besar dah brahim semuga terus menjadi anak yang soleh yang mentaati ibu dan keluargamu .. auntie ina tumpang gembira melihat ibrahim membesar dengan didikan yang soleh dari ibumu.. ”
” Happiest Birthday anak soleh Ibrahim.. Semoga sentiasa berada dalam pimpinan Allah SWT. Diberkati selalu dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Sentiasa tenang a man dan bahagia. Besar dah sayang ni.. ”
” Suka tgk peribadi ibrahim ni.. tk sama mcm budak kecik yg lain.. walaupon stgh hati dia rindu kt mama dia tp dia trying to be strong utk cari ilmu.. “ibrahim tak senyum depan perempuan” moga menjadi asbab utk familynye ke syurga dan jd pendakwah yg boleh sebarkan islam di seluruh dunia.. ”
” Nangis plak pagi-pagi ni tengok video ni. Barakallahu fikk. Sanah helwah anakanda semoga beroleh redho Allah swt dlm menuntut ilmu.. ”
” Barakallahu fii umriik Ibrahim Junid anak yg soleh. Sebak video tahun lepas pun tak habis lagi saya ni. Rupanye dah setahun berlalu. Sedih sgt tengok video tu. Tiap kali tengok, mesti nangis. Tak sangka, anak manja yg selalu dengan mama nya dulu, now berjauhan demi menuntut ilmu Allah. Semoga masing2 terus kuat dan tabah. Aameen.. ”
” MasyAllah TabaraqAllah. Ameen Allahuma Ameen atas semua doa doa mama buat Ibrahim anak yg soleh. Sanah Helwah Ya Walad. Muga Ibrahim terus istiqomah dlm menuntut ilmu akhirat dan diberi kefahaman dalam beragama. Biiznillah.. ”
” Allahuakbar dh besar dh anakanda Ibrahim. Sanah helwah ank soleh, nangis plk pg2 ni.. Menuntut ilmu di kota seribu wali. Semoga ibrahim dan anak aunty serta anak2 yg berada di Yaman dilindungi ALLAH SWT.. ”
Sesungguhnya pengorbanan Ibrahim berjauhan dengan Mama demi menuntut ilmu akan dibalas oleh Allah dengan sejuta kenikmatan nanti. Semoga Ibrahim Junid terus kuat dan istiqamah dalam menuntut ilmu agama dan menjadi anak yang soleh untuk Mama tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ziela Jalil, Portal Berita Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



