Artis / Selebriti
” Nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. Happynya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Fattah Amin video throwback majlis Iftar anjurannya minggu lalu. Alahai hint paling besar Fattah bagi ni. Kelibat Amira Othman dan lagu latar tu memang kena betul. Komen Amira buat ramai teruja, ehem ehem..
Amira Othman dan Fattah Amin antara pasangan yang hangat diperkatakan di semua media pada masa kini. Bermula dari pelakon dalam muzik video Amira, mereka berkolaborasi pula bersama-sama untuk Jakel dan Rissa Skin membuatkan terjalin kemesraan antara mereka berdua.
Sana sini berteka-teki dan merasakan Amira dan Fattah mempunyai hubungan istimewa lebih daripada seorang kawan kerja. Ini dapat dilihat daripada penglibatan Amira dalam banyak majlis anjuran Fattah bersama keluarga. Di mana ada Fattah, pasti di situ juga akan ada Amira.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattah Amin, telah dikongsikan video throwback majlis iftar anjuran Fattah minggu lalu. Fattah dan Amira tampil sedondon pada majlis itu. Memetik komen warganet, Fattah seakan ingin memberitahu betapa istimewanya Amira kerana Amira antara highlight utama dalam video itu.

Penggunaan lagu latar Satu Shaf Dibelakangku ini juga seakan menggambarkan perasaan Fattah. Bait-bait liriknya yang menyebut ‘ Ku mencintaimu, tuk sempurnakan ibadahku, kau anugerah terindah dari-Nya’ membuatkan warganet semakin yakin ada sesuatu antara Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamin Syukur Alhamdulillah. 🤲🏻✨ Terima kasih kepada semua yang hadir 🙏🏻
Lebih 125 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. semoga Amira Othman & Fattah Amin berjodoh. Ameen.. nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. happynya.. “
” ” Mencintaimu” – muka mira, “sempurnakan ibadahku”- tengah solat, “anugerah terindah”- fattmira… setel, aku dah rungkai lirik dengan video ni.. “
” Part “ ku mencintaimuu” muka amiraaaaaaaaaa.. satu bumi restu ni.. argghh comelnya bang long expose macam ni.. “
” Aku sebagai lelaki yg x pernah ambik port sgt pun pasal artis ni baik couple ke kawen ke cerai ke.. tapi yg ni fisrt time aku nak artis diijabkabulkan.. moga till jannah buat kalian.. “
” Tak. Sekarang ni kenapa aku yaang blushing?? Kenapaa akuuuuuuuuu.. bak kata syamel ni dah stage ke 3.. “
” Aku yg blushing part “ku mencintaimuu” tros masuk mira.. ni kira confess guna lagu la kan.. sweet lah bang long.. semoga berjodohan bang long dan kak long.. “
” FA once said “percaya qada qadar Allah”. Jln hidup kta dh tertulis. FA cuma follow the flow. Dia pun berhak utk menikmati pelangi selepas hujan ribut. FA skrg more chill w/o strict protocols.. “
Komen daripada Amira yang membuatkan ramai tumpang gembira. Ada maksud di sebalik emoji love Amira ini :

Pastinya ramai peminat FattMira yang gembira dan semakin ramai yang mendoakan agar Fattah dan Amira berjodohan. Allah menghadirkan pelangi selepas diuji dengan ribut dan hujan untuk Fattah. Andai kata ada jodoh, semoga ini yang terbaik untuk Fattah dan Amira. Insha Allah..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

