Artis / Selebriti
” Nampak semuanya happy betul dapat bercuti.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Percutian Puteri Sarah Liyana Bersama Keluarga Di Turki Raih Perhatian Warganet. Amboi Sumayyah, Bukan Main Lagi Dia Posing. Comel Sungguh !!
Nama pelakon Puteri Sarah Liyana tidak perlu diperkenalkan lagi. Ramai yang mengikuti kisah hidupnya. Kecekalan Puteri Sarah mengharungi ujian yang dilaluinya bukan sahaja mendapat pujian daripada peminat-peminat, malah mereka juga memberikan semangat kepada Puteri Sarah.
Kembali ke industri seni selepas beberapa tahun berehat menumpukan perhatian kepada keluarga, Puteri Sarah dilihat sekarang semakin berjaya. Terbaru, meninjau di akaun TikTok fans Puteri Sarah telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan gambar Puteri Sarah bersama keluarga sedang bercuti di Turki.
Menerusi video itu, kelihatan ibu bapa Puteri Sarah turut serta bersama dalam percutian kali ini dan dua orang anak Puteri Sarah iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Perkongsian ini menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka melihat perkongsian gambar-gambar percutian Puteri Sarah.

Selain itu, ada yang mengatakan melihat Puteri Sarah dan keluarganya sudah seperti orang Turki. Gelagat anak perempuan Puteri Sarah, Sumayyah juga menjadi perhatian kerana Sumayyah sudah pandai posing. Sehingga kini, perkongsian ini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@puterisarahliyana_fc #puterisarahliyana #syaikhulsumayyah #alhamdulillahforeverything #semogadipermudahkan #happyholiday
@puterisarahliyana_fc
@puterisarahliyana_fc
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian gambar-gambar ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak semuanya happy betul dapat bercuti.. Sumayyah tu amboi dah pandai posing kan, mesti tgk mummy dia bergambar, haha.. “
” Begitu besar pengorbanan seorang ibu.. Kasih ibu sepanjang jalan dikala saat susah dan senang.. Bertuah PSL masih punya ibu dan bapa yg penyayang.. “
” Muka masing2 dh mcm org sana.. Sumayyah, aunty in love tgk kamu. Comel sgt2. Copy paste mummy betul lah Sumayyah ni.. “
” Happy holiday PSL, reward untk diri and family.. Nampak bahagia betul kehidupan PSL .. Semoga PSL dan keluarga sentiasa sihat2.. “
” Takde suami pun takpe PSL yg pnting ada ayah,mak, ank n keluarga tu pun dah cukup.. Kita tengok pun tumpang happy.. “
” Bismillahirahmanirahim Alhamdulillah.. Terima kaseh sharenya Sarah.. Semoga sentiasa sehat dan bahagia di samping keluarga tecinta.. “
” Membahagiakan ibubapa semoga rezeki awak melimpah ruah dan kehidupan awak makin bahagian dan tenang amin3.. “
Jelas betapa seronok dan bahagianya Puteri Sarah dapat bercuti bersama kedua orang tua dan anak-anaknya. Apa-apa pun semoga Puteri Sarah, keluarga sentiasa dalam keadaan sihat ketika di Turki dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok puterisarahliyana_fc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen




