Artis / Selebriti
” Nampak sama padan, semoga ada jodoh.. ” – Netizen
Zarina Zainuddin Muatnaik Gambar Anaknya, Azal Bersama Teman Wanita. Titip Doa Semoga Ada Jodoh, Perkongsian Zarina Raih Perhatian Ramai. Sama Cantik Sama Padan Lah Azal Dengan Rahmah !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Zarina Zainuddin telah dikongsikan satu gambar yang memaparkan anak lelakinya, Muhammad Raizal Azrai atau lebih mesra dengan panggilan Azal bersama seorang wanita di sebelahnya. Zarina turut menitipkan doa buat Azal dan wanita tersebut agar ada jodoh antara mereka.
Menerusi portal Mstar, Zarina mengatakan teman rapat Azal tersebut berasal dari negara Indonesia dan bernama Rahmah. Difahamkan perkenalan Azal dan Rahmah bermula ketika sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura awal tahun lalu memandangkan Rahmah berkerja di Singapura.
Namun keakraban mereka bermula pada bulan lalu dan akui Zarina, Azal dan Rahmah masih lagi dalam proses mengenal antara satu sama lain dan hubungan mereka masih baru. Harapan Zarina sebagai seorang ibu semoga hubungan tersebut akan ke alam perkahwinan serta mendoakan yang terbaik buat anak tersayangnya itu.

Perkongsian gambar oleh Zarina ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Azal dan Rahmah sama cantik sama padan. Sehingga kini, posting tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka dan lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka mendoakan semoga Azal cepat ada jodoh. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak sama padan, semoga ada jodoh.. InsyaAllah di pagi Jumaat yg barokah ni, moga Allah mengangkat doa seorang ibu yg penyayang dan ikhlas utk melihat anaknya bahagia.. “
” Semoga yg baik2 sahaja mengiringi jodoh anak Kak Zarina.. Doa ibu selalunya mustajab.. Nampak sepadan lah dorang ni, insyaallah ada jodoh.. “
” Amiin3 happy for u sis Zarina, me too pun ada anak special..pls du’a for my son too, semoga ada jodoh yg terima my boy seadanya.. “
” Alhamdulillah… Cpt2 masuk meminang.. Semoga kekal ya.. Azal berhak dapat bahagia dia.. Semoga cepat kahwin ya Azal.. “
” Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga Allah pertemukan jodoh yg baik.. Saya doakan buat Azal, amin.. “
” Makin handsome Azal sekarang, nampak ada iras Azal dan Rahmah.. Doakan yang baik2 semoga Azal dan Rahmah ada jodoh.. “
” Aamiin moga ada jodoh mereka berdua dua2 cantik Azal semakin hensem lh Azal, rajin tolong ibu nya seorg anak yg soleh bakti pada kedua org tuanya.. “
Manis wajah pilihan hati Azal, nampak sama padan seperti yang dikatakan oleh warganet. Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Azal, semoga ada jodoh dan cepat-cepat naik pelamin dan segala urusan Azal sentiasa dipermudahkan, insyaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zarinazainuddin, Portal MStar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

