Artis / Selebriti
” Nampak natural dan cantik.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Penampilan Terkini Sharifah Aryana Yang Dahulunya P0pular Dengan Watak Orked Dalam Filem Mukhsin. Cantik Dan Manis Anak Dara Cikgu Fatimah Abu Bakar Ni !!
Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya dahulunya popular menerusi filem Mukhsin. Aryana memegang watak Orked di samping pelakon Mohd Shafie Naswip. Mukhsin merupakan sebuah filem arahan Allahy4rham Yasmin Ahmad yang diterbitkan pada tahun 2007.
Pada ketika itu Aryana berusia 12 tahun dan ia merupakan pertama kali Aryana berlakon filem. Aryana merupakan adik kepada pelakon Sharifah Aleya dan Sharifah Amani. Manakala ibu mereka, Fatimah Abu Bakar juga turut bergiat dalam dunia seni.
Kini Aryana sudah dewasa dan usianya sudah pun menginjak 25 tahun. Walaupun Aryana jarang membintangi drama-drama televisyen, namun beliau tetap mempunyai peminat setia yang masih meminatinya sejak Aryana membintangi filem Mukhsin.

Menerusi akaun Instagram, Aryana banyak berkongsi gambar-gambarnya. Penampilan terkini Aryana sering mendapat pujian daripada netizen. Seperti adik-beradiknya yang lain, Aryana turut mewarisi kecantikan ibu mereka. Alahai, manis dipandang mata.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji penampilan Aryana yang nampak cantik. Antara komen-komen mereka :
” Tak nampak tebal pun.. nampak natural dan sangat cantik.. “
” U look g0rgeous & beatiful yana.alyahya.. ur make-up.. “
” Dah la cantik, cute pulak tu.. Sukanya tengok yana. Since Mukhsin lagi .. “
” Dulu n skrg lain beno muke yana skrg kn masa skolah dulu tak bulat mcm ni muka yana memg beza sunguh yana ni.. “
” Cantik, beautiful as always! Always beautiful. Do not worry sis. Be happy.. “
” G0rgeousnyaa orked .. Why r u so somel.. “
Cepat sungguh masa berlalu dan tanpa kita sedari sudah lebih 10 tahun filem Mukhsin diterbitkan. Para pelakon filem tersebut kini semua sudah dewasa dan meningkat usia. Semoga Sharifah Aryana terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharifah Aryana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
