Artis / Selebriti
” Nampak di situ betapa Ayden dan Ara merindukan sosok seorang ayah. Sebak tengok.. ” – Komen Netizen
Video kemesraan anak-anak Bella Astillah, Ayden dan Ara bersama YB Syed Saddiq buat ramai yang tersentuh. Mengadu apa lah tu agaknya Ayden dan Ara dengan Papa Saddiq, nampak manja sangat..
Meninjau di akaun TikTok milik cik.dotty, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan moment YB Syed Saddiq bersama Bella Astillah serta dua anak Bella iaitu Ayden dan Ara. Menerusi video tersebut, mereka dilihat sedang berada di sebuah restoran untuk menikmati sarapan pagi bersama.
Perkongsian itu telah mencuri perhatian warganet apabila melihat Ayden dan Ara dilihat begitu selesa dan ceria bersama YB Syed Saddiq. Manakala YB Syed Saddiq pula melayani mereka dengan penuh kelembutan serta kasih sayang seperti seorang bapa.
Bukan itu sahaja, ramai yang meluahkan rasa tersentuh melihat moment tersebut. Ada yang berpendapat bahawa anak-anak Bella kelihatan merindui belaian seorang bapa dan kehadiran YB Syed Saddiq yang mencurahkan perhatian serta kasih sayang secara tidak langsung mengubat kerinduan itu.

Difahamkan perkongsian video ini adalah ketika mereka sedang berada di Sabah untuk melakukan misi menawan Gunung Kinabalu. Selain itu, turut ikut serta menemani Bella dan YB Syed Saddiq adalah kedua-dua pihak keluarga mereka. Hingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@cik.dotty Okayy gais, I suka view ni🥰🥰🫠🫠❤️❤️ cr vid & live : Amazing Borneo Tours #syedsaddiq #bellaastillah #BASS #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antaraa komen-komen menarik adalah :
” Nampak disitu betapa Ayden dan Ara merindukan sosok seorang ayah, sebak pulak kita yang tengok video ni.. “
” Mengadu apa la tu kat papa dia.. Nampak Ayden dan Ara memang sangat2 rapat dan manja dengan YB kan.. “
” This warms my heart. nilah family. Ya Allah, permudahkanlah urusan insan2 ini dan panjangkan jodoh mereka.. “
” At the end of the day, they still need the father figure. Semoga Allah permudah urusan mereka menghalalkan hubungan.. “
” Anak2 mana tak ingat dengan susuk yg bernama bapa @ ayah ni cuma depa tak luahkan hari2 , jd klu ada yg beri perhatian pasti akan rapat dan depa menganggap tulah bapa/ayah yg istimewa bg depa.. “
” Alhamdulillah, situasi depan mama YB dan spacedollah tu… BASS memang takdpt dipisahkan dah.. Sekali dgn anak2 pulak tu.. “
” Alhamdulillah YB ubati Rasa rindu anak² ini merindui seorang ayah.. Bertuah YB dpt 2 org anak yang sangat comel.. “
Momen yang dikongsikan ini bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh emosi ramai yang menontonnya. Ia memperlihatkan bahawa kasih sayang dan perhatian yang ikhlas mampu memberikan kebahagiaan, terutamanya kepada kanak-kanak.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cik.dotty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

