Artis / Selebriti
” Nak ibu young, pastu nak sisters.. ” – Siti Aafiyah
 
																								
												
												
											Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Bertanya Doa Apa Yang Anaknya, Siti Aafiyah Mahu Dia Doakan Ketika Berada Di Tanah Suci Raih Perhatian Ramai. Suara DS Siti Dah Macam Nak Pengsan, Terkejut Dengar Permintaan Aafiyah Tu, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik Muhd Afwa telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah sedang berborak bersama Dato’ Seri Siti. Difahamkan video ini diambil menerusi IG Story Dato’ Seri Siti.
Kedengaran DS Siti bertanya kepada Aafiyah apa yang ingin Aafiyah mahu DS Siti doakan ketika menunaikan ibadah umrah nanti. Kata Aafiyah, dia mahukan ibunya itu kelihatan muda dan Aafiyah juga mahukan seorang adik perempuan.
Mendengar permintaan anaknya, suara DS Siti seperti terkejut dan lantas terus ketawa. Kata DS Siti kepada Aafiyah, dia sudah tua untuk melahirkan anak lagi. DS Siti memujuk Aafiyah mengatakan Aafiyah mempunyai banyak toys dan boleh bermain dengan toys tersebut.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian para peminat DS Siti. Ada yang mengatakan yang DS Siti masih muda dan mampu melahirkan seorang lagi anak. Bukan itu sahaja, ramai yang memberikan emoji tanda good agar DS Siti mengandung lagi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon diberikan oleh para peminat DS Siti. Antara komen-komen menarik adalah :
” Yeahh. Go ibu go ibu. Mana tuanya.. Blh lagi sorang tu.. Alhamdulillah syukur Aaminn2, kita doakan moga2 permintaan Aafiyah tu tertunai.. “
” Aafiyah ni comey.. Boleh je Aafiyah suruh ibu ambik anak angkat ler senang.. Haha tergelak dengar Dato Siti gelak, hehe.. “
” Hahahaha… Aafiyah mintak baby sister ye… bertabahlah.. Budak besar tu mmg suka babies… My nephew pun mintak kt mami dia adik.. “
Amboi Aafiyah, sempat lagi request adik perempuan dekat ibu. Comel sungguh telatah Aafiyah. Moga-moga ibu akan mendoakan apa yang Aafiyah inginkan itu. Untuk pengetahuan umum, DS Siti baru sahaja berangkat menunaikan ibadah umrah dan turut pergi bersama adalah bekas kak ipar DS Siti yang juga pembantu peribadinya, Rozi Abdul Razak. Perkongsian itu dikongsikan oleh DS Siti di IG Story.

Apa-apa pun, semoga urusan DS Siti menunaikan ibadah umrah akan dipermudahkan. Sedikit info, hasil perkongsian hidup bersama suami tersayang Datuk Khalid, DS Siti telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mihdafwakhalid, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
