Artis / Selebriti
” Nabila ni baru mekap sikit dah macam pelakon Hindustan.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Dan Gambar Noornabila Menyambut Ulangtahun Kelahirannya Bersama Jebat Jayden Raih Perhatian Warganet. Alahai Glowingnya Mummy Jebat Ni, Berseri-Seri Walaupun Nipis Je Solekannya. Nampak Macam Katrina Kaif Versi Malaysia Sangat !!
Noornabila dikenali ramai sebagai kakak Neelofa dan mantan isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad. Kehidupan peribadi Noornabila seringkali menjadi perhatian warganet. Setiap kali kisah Noornabila dikongsikan, pastinya ia akan meraih jumlah likes yang banyak.
Meninjau akaun Instagram Noornabila, telah pun dimuatnaik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Noornabila menyambut hari lahirnya ini bersama hero ciliknya, Jebat Jayden. Noornabila tampil berseri dengan solekan di wajahnya.
Memetik kata warganet, wajah Noornabila apabila disolek kelihatan seperti pelakon hindustan, Katrina Kaif. Tidak bersolek pun sudah kelihatan cun, apatah lagi apabila makeup, nampak lagi glowing dan gorgeous. 38 tahun sudah usia Noornabila tetapi wajahnya masih kelihatan seperti awal 30-an sahaja.

Telatah Jebat menyanyikan lagu happy birthday untuk mommynya juga mencuit hati warganet. Wah bersungguh-sungguh Jebat menyanyi tu. Sweet sangat Jebat menyanyi sambil berpaut tangan pada badan mommy. Sayang betul Jebat pada mommy, perangai sweet macam baba sangat tau Jebat ni.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Noornabila ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happiest Birthday my anak sayangku. Umi always doa life will be blissful for you forever.. stay beauty mommy Jebat.. ”
” Happy birthday beauty, dah 38 pun macam baru nak masuk thirty ishhh cantik sangat Nabila ni.. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.. ”
” Nabila ni baru mekap sikit dah macam pelakon Hindustan. Katrina Kaif versi Malaysia sangat.. happy birthday mamy jebatt.. ”
” Happy Birthday bella. Suka tgk u, pakai dress sopan, pony tail. Macam slim sket kali ni. Menten camni. Btw, u bila pakai dress2 sopan mcm royal2 UK gitu.. ”
” Happy birthday mommy Jebat, cantik sangat. Dah makin slim lah mommy.. Nampak macam Scha Alyahya pulak bila makeup.. ”
” Cantik walaupun dah 38 tahun.. Happy besday Nabila. akak yang menghampiri 40 tahun ni dah tak nampak rupa.. ”
” Cantik Mummy Jebat ni la.. Sentiasa cantik… Macam Hindustan pulak.. happy birthday kembar Katrina Kaif.. mata ni fokus tengok Nabila je, gorgeous betul..”
Tak jemu melihat wajah manis Noornabila, ada auranya yang tersendiri yang membuatkan mata fokus kepadanya. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 38 tahun kami ucapkan dan semoga Noornabila dikurniakan kehidupan yang lebih membahagiakan serta rezeki yang banyak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
