Artis / Selebriti
” Mula-mula tengok video ni tak tahu siapa. Lain terus wajah, tiada yang asal.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video wajah Wany Hasrita selepas disolek ala-ala wanita Arab oleh Dato’ Alha Alfa buat ramai terpegun dan terkejut. Fuh lain terus nampak muka Wany, tak pernah lagi tengok Wany makeup macam ni..
Bagi yang mengikuti jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal Dato’ Alha Alfa, pasti mengetahui baru-baru ini Dato’ Alha ada membuat program 30 hari makeup bersama Dato’ Alha. Menerusi program tersebut, Dato’ Alha akan makeup selebriti tanah air yang menjadi pilihan Dato’ Alha sendiri.
Terbaru meninjau di akaun Instagram milik Dato’ Alha, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Wany Hasrita menjadi model makeup Dato’ Alha untuk hari yang ke 29. Menerusi video itu, Wany mencabar Dato’ Alha mengubah wajahnya seperti ala-ala wanita Arab.
Perkongsian oleh Dato’ Alha pada kali ini juga sekali lagi meraih perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa teruja dan terkejut melihat hasil makeup Dato’ Alha terhadap Wany. Ada yang mengatakan tidak mengenali Wany selepas melihat wajahnya yang telah disolek.

Kata warganet lagi, hasil tangan Dato’ Alha telah berjaya mengubah wajah Wany dan ada peminat memuji wajah Wany meskipun tanpa makeup, Wany tetap kelihatan begitu cantik. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Dato’ Alha telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mula-mula tengok video ni tak tahu siapa, terus baca caption nak tahu siapa. Lain terus wajah tiada yang asal.. Cantik sangat lah.. “
” Wehhh… Nih betoii2 len.. Mb wany jarang make up cmni.. Lain yg ni Arab betul eakk mata tu.. Cantik sangat lah tengok hasil makeup Dato.. “
” Lain sungguh.. Mula dok pikir sape niiii.. Baca kapsyen baru tahu Wany rupanya.. Fuhh kagum lah kalau tengok hasil makeup Dato Alha.. “
” Kalau sebelum ni, artis lain boleh tahu juga siapa.. Kali ni memang lain terus lah.. Nampak kelainan sangat makeup Wany, meletop tengok.. “
” Dato ni baru nampak kelainan.. Teruss habibi come to Abu Dhabi.. Bila jarang2 make up tebal mmg nampak lain. Mcm iras Mas Idayu zaman muda pun ada. Cantikk.. “
” Bila jarang2 make up tebal mmg nampak lain. Mcm iras Mas Idayu zaman muda pun ada. Cantikk.. Nie.. Bertukar wajah semakin gojesss.. “
” Ya Allah cantik.. Dah jd org lain tak kenal dah itu Wanie.. Kalau tengok jauh2 ni mesti ingat orang lain.. Cantik sangat lah.. “
Selayaknya Wany menerima pujian ramai. Cantik sungguh wajah Wany setelah disolek menjadi seperti ala-ala wanita Arab. Bak komenwarganet, tangan Dato’ Alha ini sangat berseni dan hasil makeup nya selama 29 hari semuanya kelihatan sangat cantik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alhaalfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
