Artis / Selebriti
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Dikatakan sedang hangat bercinta dengan Amira Othman, ini penjelasan Fattah Amin mengenai isu ini. Terjawab sudah status sebenar hubungan Fattah dan Amira. Part jawapan Fattah mengenai anaknya, Fatima buat ramai yang sebak. Daddy rindu Fatima..
Nama Fattah Amin semakin hangat diperkatakan oleh wargamaya. Saban hari ada sahaja perkara yang dikaitkan dengan Fattah. Terbaru adalah mengenai gosip hubungan Fattah dengan pelantun lagu Hati-Hati, Amira Othman. Ramai di kalangan warganet yang ‘menjodohkan’ mereka berdua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Melodi Berapi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual antara wartawan Melodi dan Fattah. Beberapa soalan diajukan kepada Fattah dan ianya berkaitan mengenai Amira dan anaknya, Nur Fatima Aisya.
Persoalan sama ada Fattah dan Amira mempunyai hubungan istimewa atau tidak, terjawab dalam temubual ini. Apa yang pasti untuk masa sekarang, Fattah berkawan dengan semua orang dan dia mengaminkan sahaja semua doa-doa yang baik daripada warganet.

Isu Fatima pula meruntun hati warganet. Kali terakhir bertemu dengan Fatima sebelum Fattah mengerjakan umrah tahun lalu. Rasa rindu Fattah mendalam terhadap Fatima kerana sudah lama tidak bertemu. Satu sahaja permintaan Fattah agar mendoakan yang terbaik untuknya dan Fatima serta keluarga.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@melodiberapi Dengarkan jawapan Fattah Amin.. #meloditv3 #fattahamin #panas #sensasi #rumahtangga
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tenang aje ye bila dia ulas tentang anak.. Sangat la bagus fattah amin ni.. ada yg disembunyikan tu tp dia ttp menjaga ‘aib & patuh pd perjanjian di mahkamah. Semoga yg baik2 shj buat beliau, anak dan keluarganya.. “
” Tenang sgt bila dgr fattah bercakap, x nmpk mcm seorang yg ego dan masa ditye tentang anak seboleh2 kawal perasaan rindu tu dn x salahkan mana2 pihak.. “
” Ok terjawab akhirnya.. i sokong je kalau Fattah dengan Amira Othman.. Bila orang matang bercakap kita dengar pun sejuk je.. “
” Tenang je jawab dan tak menyalahkan sesiapa pon… rindu fatimah sangat tu rasanya.. semoga fattah amin terus berjaya dan dikurniakan rezeki melimpah ruah. bertemu jodoh yg baik2 dan solehah. amiin.. “
” Sedih la seorng ayah rindu anaknya.. siannya Fattah.. teruskan fokus kerjaya dan anak.. good lucky Fattah.. daddy sayang nyama. tenangnya menjawab.. “
” Mula mula dgr temuramah happy berbunga3 wakk pastu hujung2 sedih. Semoga yang baik2 je buat Fattah.. Cakap pun baik2 je.. xda plk nk burukkan mana2 pihak.. just doa baik2 ja dy mintak utk dy n fmly dia.. “
” Kesiannn gilaa fattah, dri raut muka dh nmpk kerinduan dkt anaknya.. Nampak kesedihan Dan kerinduan pada wajah Fattah. Semoga dimudahkan urusan Fattah bertwmu dengan Fatimah aamiin.. “
Hati menangis tiada siapa yang tahu, kerinduan Fattah pada Fatima hanya Fattah yang merasainya. Semoga segalanya yang baik untuk Fattah dan Fatima. Kami di Berita Kopak mendoakan yang terbaik untuk kehidupan Fattah dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Melodi TV3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti14 hours ago Artis / Selebriti14 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
