Artis / Selebriti
” Mula-mula baca text atas indahnya la, tapi text last tu sempat lagi. Haha.. ” – Netizen
Haris Ismail Kongsi Gambar Dan Ucapan Sempena Ulang Kelahiran Neelofa. Namun Kata-Kata Akhir Pada Ucapan Haris Buat Ramai Terhibur. Mula-Mula Dah Sweet Dah, Last-Last Lawak Lah. Boleh Tahan Kelakar Juga Pak Ustaz Sekarang Ni, Hehe !!
Beberapa hari lalu, selebriti terkenal, Neelofa telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 tahun. Meninjau di akaun Instagram Neelofa telah berkongsi gambar Neelofa telah menerima hadiah istimewa daripada suami tersayang, Haris Ismail.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Haris pula, Haris telah mengambil kesempatan menitipkan kata-kata terindah buat Neelofa sempena ulang tahun kelahirannya itu. Tulis Haris, Haris berterima kasih kepada Neelofa kerana telah menjadi seorang ibu yang penyayang buat cahaya mata mereka, Muhammad Bilal dan isteri yang solehah.
Bukan itu sahaja, harapan Haris, sempena hari lahir isteri tersayang pada kali ini akan menjadi yang bermakna dan berdoa yang baik-baik buat Neelofa. Namun apa yang mencuit hati adalah kata-kata Haris pada baris akhir ayatnya.

Seloroh Haris, sudah tiga hari Haris mencari gambar yang sedikit kurus untuk dikongsikan. Tulis Haris lagi, dirinya bukan gem0k, namun kehidupannya sekarang bahagia. Posting terbaru Harris ini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan ucapan akhir Haris dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Neelofa. Antara komen-komen menari adalah :
” Mula-mula baca text atas indahnya la, tapi text last tu sempat lagi, haha.. Happy birthday ummi Bilal yang cantik.. “
” Kelakar laaa ustad ni hahahah. Ya Allah kurniakan mereka kebahagiaan dunia akhirat. Aik ayat last tu macam ayat nak selamatkan diri je, haha.. “
” Lewat benar ni, bagi ucapan dekat isteri. Hahhaha ayat hujung2 tu seolah tengah cover line sbb lambat share ucapan kan, hahaha.. “
” Happy birthday Ummi Muhammad Bila. Semoga diberi kesihatan yg berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. “
” Sweet & funny captions. Suka tengok life Neelofa lepas kahwin, indah betul kehidupannya lagi2 ada baby Bilal yang terpaling comel tu.. “
” Happy birthday Lofa, nampak mata pun dah cantik sangat. Syukur bidadari ustaz memang lawo orangnya.. “
” Yang last tu memang terus aku gelak weh, hahahaha lawak betul lah husband Neelofa. Tiga hari cari gambar, lama betul.. “
Alahai indah betul kata-kata sang suami buat Neelofa, part last tu memang kelakar Haris ni, sempat lagi yer. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Neelofa. Semoga segala urusan Neelofa sentiasa dipermudahkan dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hrisbismail, neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri

