Artis / Selebriti
” Mula-mula aku macam geram Janna marah Dini. Tapi bila part Dini jerit terus jadi kelakar haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Behind The Scene Janna Nick Dan Dini Schatzmann Berlatih Menari Sebelum Majlis Bermula Buat Warganet Terhibur. Sejenis Yang Blur Rupanya Dini Ni, Kan Dah Kena Jerit Dengan Janna. Eh Berani Rupanya Dini Balas Balik Jeritan Tu, Lawak Betul !!
Ramai yang mengatakan pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann sangat sepadan bagaikan pinang dibelah dua. Janna seorang yang penuh dengan drama dan perangai yang tidak diduga. Manakala Dini pula cukup penyabar dalam melayani kerenah isteri tercinta.
Meninjau akaun Tiktok Babarabeer, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Janna dan Dini sedang berlatih menari bersama-sama. Ini adalah kejadian sebelum berlangsungnya majlis sambutan anniversary mereka yang pertama. Menerusi video ini, Dini dan Janna sudah pun bersiap sedia dengan busana pengantin mereka.
Bukan mudah untuk memastikan step tarian antara Janna dan Dini itu seperti yang dirancangakan. Kelihatan dalam video ini, Janna terpusing-pusing ke kiri dan ke kanan. Dini pula hanya mengikut sahaja rentak Janna. Kejadian ketika Janna mengarahkan Dini untuk memeluknya menggeletek hati warganet.

Dini kelihatan agar blur dengan arahan Janna itu membuatkan Janna menjerit dengan nada suara yang tinggi. Dini juga tidak disangka-sangka membalas jeritan itu dengan gaya yang mencuit hati. Komen warganet, walaupun Dini menjerit, suaranya tetap kedengaran lembut sahaja.
Jom tonton video di bawah :
@babarabeer BTS Anniversary Pov : when we‘re practiced over 1M times✨ Glad to be here to join the moment 🫶🏻💖 #jannanick #anniversary #tiktokmalaysia
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mula-mula aku macam geram Janna marah Dini. Tapi bila part Dini jerit terus jadi kelakar haha.. ”
” Part dia jerit balik tu kennot haha.. Dini stress sangat tu haha.. aku ingt aku sorg je memetir mcm tu rupanya janna nick pun samoooo haha.. ”
” Marah pun comel sangat haha.. Dini jerit kelakar wei.. sebenarnya dorang berdua ni kelakar tau.. Dini kena marah pun senyum je.. ”
” Kena jerit tapi dini tetap ok. memang dia orang ni soul mate.. perempuan tak pernah salah kan haha.. ”
” Haha all out teriak Dini.. stress akuuu… kata Dini haha.. newly cute both of u. Blur memang kena jerit ahhh.. ”
” Hahahha comel giler Dini jerit. Sesabar-sabar Dini bila dah jerit maksudnya haha.. The photographer behind them be like “bertengkar ke haha.. ”
” Haha adoi gelak aku.. kenapa cute sangat korang berdua ni.. Dini sangat penyabar, untung Janna.. I love how Dini responds. green flag , Janna.. ”
Bila si suami blur dengan arahan si isteri, memang automatik lah si isteri naik angin. Comel sangat reaksi Janna dan Dini itu, memang sepadan sangat hidup bersama. Terhibur hati warganet melihat gelagat pasangan ini. Apa-apa pun, itu cara mereka berdua bergurau senda, jangan ambil serious pula.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Babarabeer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
