Artis / Selebriti
” Mula-mula aku gelak, lepas tu aku nangis. Syukur dia tu hanya Allah je tahu.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri terjah dan berkongsi rezeki dengan orang awam buat ramai tersentuh. Sebak sungguh tengok reaksi wajah lelaki tu masa tengok ada duit dalam plastik jeruk mangga. Baiknya Dato’ Aliff tiba-tiba tukar letak duit dalam plastik jeruk mangga tu..
Dato’ Aliff Syukri dikenali sebagai seorang usahawan bertaraf jutawan yang disegani ramai. Walaupun Dato’ Aliff sering berperangai gila-gila, namun di sisi lain, Dato’ Aliff seorang yang pemurah dan tidak loket berkongsi rezeki. Seperti ramai sedia maklum, Dato’ Aliff antara penyumbang zakat terbesar untuk negeri Selangor.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff melakukan misi terjah orang awam. Dato’ Aliff berkongsi rezeki dengan menerjah secara random orang awam yang ditemuinya di jalan.
Menerusi video ini, Dato’ Aliff berjumpa dengan seorang lelaki dan memberitahu dia ingin memberikan satu kejutan. Dato’ Aliff mengeluarkan 2 produknya iaitu jeruk mangga dan kurma. Dato’ Aliff memasukkan sejumlah wang di dalam bekas kurma itu tanpa pengetahuan lelaki tersebut.

Ketika diminta untuk memilih antara jeruk mangga dan kurma, lelaki itu memilih jeruk mangga. Dato’ Aliff bertindak bijak dengan memasukkan wang tunai di dalam plastik jeruk tersebut. Wajah lelaki itu jelas kelihatan terharu kerana mendapat rezeki yang tidak diduga seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 4000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mula2 aku gelak pastu aku nangis.. Baik nya Dato’ hanya tuhan yang membalas kebaikan Dato’…. semoga rezeki Dato’ mengalir seperti air…. Aamin.. “
” Nampak muka dia gembira betul kan alhamdulilah rezeki kan.. Orang yang tiada, dapat sikit orang hulur betapa dia bersyukur. Syukur dia tu hanya Allah je tahu bagaimana.. “
” Antara bahagia dan terharu.. dia amat bersyukur dengan rezeki yang Allah kirimkan melalui dato’ aloff.. Allahuakbar baiknya bagi rezeki.. “
” Dia dh nmpk dh duit tu. Tp x pilih kurma tu. Tetap nk jeruk mangga. Alhamdulillah dato masukkan duit dlm jeruk tu.. “
” Alhamdulillah terima kasih selalu berkongsi rezeki.. semoga murah rezeli melimpah ruah rezeki papa laris.. aamin.. “
” Moga tambah kaya lagi dato’,boleh bantu dan bagi manfaat pd org lain,bahagia lihat senyuman dato dan pakcik ni.. “
” Blh je bg dua2. Xperlu la buka jeruk mangga tu hahahhaha kelakar la siap pusing blkg. Nak gelak Nak sedih sama banyak ni papa. apa apa pun, papa memang pemurah dan terbaik.. “
Dato’ Aliff mempunyai hati yang baik dan pemurah kerana suka berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan. Semoga Dato’ Aliff dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan tidak putus-putus seperti air zam zam yang mengalir agar dapat membantu lebih ramai lagi orang yang dalam kesusahan di luar sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

