Artis / Selebriti
” Muka tok hang last sekali tu dia macam ‘ Hahaha.. Aku kena game tapi aku terhibur !! ‘ ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Pelakon Safwan Nazri Main Teka Teki Dengan Atuknya Buat Netizen Terhibur. Part Last Tu Sangat Mencu1t Hati, Bila Tengok Atuk Ketawa, Comel !!
Mungkin sudah ramai mengenali akan pelakon kacak yang juga merupakan finalis Hero Remaja bagi tahun 2017 iaitu Safwan Nazri atau nama penuhnya Muhammad Safwan bin Mohammad Nazri. Anak kelahiran Jelapang Padi ini juga pernah menjadi model sambilan ketika dia menuntut di pusat pengajian tinggi.
Paling menarik, sebelum bergelar pelakon, dia juga telah dikenali ramai setelah kerap memuat naik video-video video lakonan bersama rakan sekelas yang dimuatnaik di akaun Instagram dan telah mendapat perhatian di kalangan warganet, malah selepas itu, para pengikut dia juga semakin bertambah. Ramai memuji Safwan mempunyai bakat lakonan yang sangat baik.
Drama Kan Kukejar Cinta Kamu dan drama Dua Takdir Cinta di Astro Ria telah menaikkan popularitinya sebagai pelakon baharu dalam dunia industri lakonan tanah air. Safwan juga turut mengagumi Dewi Remaja 2010 iaitu Neelofa dan menjadikan Neelofa sebagai contoh terbaik untuk menjadi seorang pelakon dan usahawan yang berjaya.

Menerusi perkongsian terbaru, Safwan yang sering berkongsi video yang lucu di akaun Instagram miliknya, sekali lagi berkongsi satu video yang memaparkan dia bersama datuknya bermain teka-teki. Safwan telah memberikan soalan teka-teki kepada datuknya, dan paling menghiburkan teka teki tersebut tidak dapat dijawab oleh datuk Safwan.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :
Rata-rata netizen begitu terhibur melihat gelag4t Safwan dan datuknya dalam video itu, lebih-lebih lagi setelah datuk Safwan mengetahui jawapan teka-teki itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Hahaha tok ayah hang pun tak expect.. “
” Tok Ayah pun sporting… Moga Pakcik sentiasa diberi kesihatan yang baik & diberkati olehNya selalu.. Aamiin… “
” Muka tok hang last skali tu dia mcm : Hahahahahahha aku Kena game tapi aku terhibur!!! “
” Kemain kenakan tokyah tu eh.. Tok ayah terhibur betul.. “
” Weh Safwan bengong lah hang hahaha tersedak aku .. “
” Tok ayah dah lengoh layan cucu dia haa.. “
” Hahahahahahaha suka nya tgk tok ayah terhibur hahahahaahha.. “

Kelakar betul lah, bila tahu jawapan sebenar teka-teki tu, min pun turut berdek4h ketawa. Lebih-lebih lagi apabila melihat reaksi datuk Safwan , terhibur betul dia. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga datuk Safwan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira bersama cucu tersayangnya, Safwan. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Safwan Nazri by Berita Kopak
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti2 days ago Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
									
