Artis / Selebriti
” Muka Sabahan juga ni, sumandak Sabah. Comel dan lawa.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Bella Astillah, Ara Adreanna Yang Kini Sudah Berusia 3 Bulan. Alahai Comelnya Ara, Mata Tu Cantik Sangat. Mulut Tu Bukan Main Lagi Terkumat-Kamit !!
Ara Adreanna, satu nama yang cukup cantik, secomel si pemilik diri yang merupakan anak kepada pasangan selebriti, Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz. Sejak dilahirkan, Ara mendapat perhatian daripada media dan juga warganet yang sentiasa menanti update mengenainya.
Jika sebelum ini, Bella sering berkongsi video dan gambar anak sulungnya, Ayden Adrean yang sentiasa menemai adiknya ini. Ada sahaja gelagat Ayden yang comel dan mencuit hati dimuatnaik oleh Bella di Instagram atau pun Insta Story miliknya.
Yang terbaru, hasil tinjauan di Instagram, Bella telah berkongsi video terbaru Ara yang kini sudah berusia 3 bulan. Bella mengenakan baju yang berwarna pink pada tubuh Ara dan turut meletakkan headband berserta reben berwarna pink di kepala Ara.

Dengan mata yang bulat dan cantik serta pipi yang putih gebu sambil menggerakkan bibirnya, Ara kelihatan sangat comel. Bella turut bertanyakan peminat-peminatnya sama ada wajah anak bongsunya itu mirip kepada wajahnya atau suaminya, Alif.
Tonton video di bawah :
Ada yang memberi pendapat Ara kelihatan seperi muka Bella, ada yang cakap macam Aliff dan ada juga yang menyamakan Ara seperti abangnya, Ayden. Antara komen-komen peminat dan juga rakan artis :
” She’s so cute MasyaAllah.. ” – Daler Yusuf
” Muka sabahan juga nii.. sumandak sabahhh comel2 & lawa.. Mata n kening ddy mulut. Dan hidung ikut mummy.. ”
” Comelnyee.. Muka mummy ni. Wow muka macam mami dia comel nyeee.. “
” Muka si Ayden hahaha comel. Mata eyebrow ikut Ayden. Ala tomeel shayang.. “
” She’s so cute like mummy and daddy. Mix both mummy n daddy.. “
” Ya Allah too cute nya diaa.. muka Kak bella ni.. Mata pun mcm kak bella sebijik.. so cute.. “
” Ya Allah kiuttnyaa. MashaAllah Abang muka mummy, adik muka daddy. theyre both cute.. “
Sesungguhnya anak adalah anugerah yang tidak ternilai bagi setiap ibu bapa. Ibu bapa lah yang akan mencorak mereka supaya menjadi insan berguna apabila dewasa nanti. Semoga Ara dan Ayden membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah serta membahagiakan kedua ibu bapa mereka kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

