Artis / Selebriti
” Muka macam kak Bella dah, cutenya dia.. ” – Netizen
Wajah Terkini Ara Adreanna Yang Semakin Mirip Dengan Wajah Bella Astillah. Alahai Mata Ara Tu, Cantik Betul. C0py Paste Mommy Ni !!
Bella Astillah telahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan 18 Julai yang lalu. Walaupun proses kelahiran kali ini tanpa suaminya Aliff Aziz di sisi, Bella berjaya mengharungi dengan jaya. Bayi perempuan ini dinamakan sebagai Ara Adreanna.
Sebagaimana nama anak sulungnya Ayden Adrean, persamaan pangkal huruf A antara mereka dikekalkan. Bella menjaga kedua-dua anaknya ini dibantu ahli keluarganya yang lain memandangkan Aliff masih lagi di Singapura. Semalam 9 September merupakan ulangtahun perkahwinan Aliff dan Bella yang ke 4 tahun.
Aliff dilihat berkongsikan ucapan khas buat Bella di Instagramnya dan sehingga kini mereka masih lagi belum berjumpa sejak pintu antarabangsa ditutup. Pastinya Aliff tidak sabar untuk bertemu isteri dan anak-anaknya ini setelah berbulan-bulan tidak bertemu.

Meninjau akaun Instagram Ara Adreanna, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ara apabila dirakam wajahnya. Ara yang memandang tepat ke arah kamera sudah nampak berbeza wajahnya. Alahai comel sungguh princess mommy ni.
Jom tonton video di bawah :
Wajah terkini Ara ini kelihatan berbeza dan ramai yang menegurnya mirip dengan Bella. Antara komen-komen mereka :
” Muka macam kak bella dah, cutenyaaa dia.. Comelnya Ara, sebijik daddy dia.. “
” Ara muka mcm auty d pn ad .. muka mcm mummy bella pn ad .. comel btul.. “
” Cantikknyeer Ara mata mcm daddy dy lahh.. “
” Mata dia macam unik, so cute Ara.. MasyaAllah, Ara iris muka mami sgt.. ”
” Comey nya bah. sama mcm m0mmy dye jgk la.. “
” Sebijik macam mommy dia. klon mumy dia nt bsr.. comel amat.. “

Alahai Ara, memang sudah berubah wajahnya dari hari pertama dilahirkan dulu. Peminat pun melihat Ara ada yang mengatakan seperti Aliff dan ada juga yang nampak seperti Bella. Apa pun, semoga Ara sentiasa membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapa kelak. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ara Adreanna, IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

