Artis / Selebriti
” Muka ikhlas betul menghayati, Penn dan Jenk nangis sekali la tu.. ” – Netizen
Perkongsian Penn Leman Band Ketika Adik Amir Menyanyi Lagu Kemarin Raih Perhatian Warganet. Memang Ditunggu Video Reaksi Penn Ni. Kali Ni Penn Kalah, Syahdu Sangat Suara Amir Ni. Musician Pun Boleh Menangis !!
Sana sini masih lagi hangat memperkatakan mengenai kehebatan suara adik Amir The Chosen One. Dijulang sebagai juara The Chosen One, Amir berjaya membuatkan penonton menangis dan ketawa semalam menerusi 2 persembahannya itu.
Yang ditayangkan di kaca televisyen cuma apa yang berlaku di atas pentas melibatkan peserta dan coach. Seperti minggu-minggu yang lalu, warganet ternanti-nanti video daripada salah seorang anggota Leman Band yang bertindak sebagai pemuzik di program itu iaitu Penn.
Meninjau akaun Tik Tok PennBassChannel, telah dikongsikan video suasana Penn dan rakan-rakannya yang lain di tepi pentas ketika Amir mempersembahkan lagu Kemarin. Pilu, sayu dan rasa menusuk ke kalbu apabila Amir menyanyi dan penyampaian Amir itu sampai ke hati semua.

Penn juga tidak terkecuali, mendengar dengan teliti suara Amir, reaksi wajah Penn dan rakannya, Jenk yang tersentuh hati dengan suara Amir menarik perhatian ramai. Memetik komen warganet, menangis juga musician mendengar suara mendayu-dayu si Amir itu.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu sekiranya video lambat keluar ) :
@pennbasschannel SYAHDU MENDAYU @amir.sisiunukoffi @termoj.production6 #amirsisi #thechosenone #astroceria
Sehingga kini, lebih 9000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Pennbasschannel dengan chaan_tiktok ni mesti kami akan tengok react dia orang after amir perform.. tq bro and leman band.. ”
” Muka ikhlas betul menghayati.. suka tengok muka diaorang.. setiap minggu tunggu nak tengok reaksi dorang.. Penn dan Jenk nangis sekali la tu.. syahdu sangat.. ”
” Aku tetap tggu vtt dari penn.. suara merdu mendayu dayu.. adik amir ni.. memang terbaik lah adik amir tahniah juara.. ”
” Abg drummer tu sungguh menangis. sebak dada bila dengar Amir nyanyi.. Syukur tahniah Amir.. awak juara amir.. ”
” Meremang saya rasa bila setiap Kali dgr adik amir nyanyi, unty doakan semoga amir terus berjaya dunia dan akhirat.. ”
” Suka tengok reaksi pemain muziknya… panjang lah sikit videonya, pendek sangat.. Amir ni nyanyi sedap dar penyanyi asal.. ”
” Sentiasa menunggu video dr pennbasschannel sbb nak tgk reaksi muka dorg je. Bukan penonton je yang sedih, musician pun sama. Banj1r stage tu bang.. ”
” Dia punya feel lain macam beb. tambah lagi dorang tengah main alat muzik. tangkap syahduuu paduuu.. serius tunggu je reaksi muka Penn… ”

Alahai Amir, bukan setakat penonton dengan juri, musician pun tangkap syahdu dan bergenang air mata melihat persembahan Amir ini. Nyanyian Amir sampai ke hati. Tengok muka Penn tu pun boleh nampak kepuasan hati pemuzik apabila penyanyi menyanyi lagunya dengan baik, hebat Amir.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok PennBassChannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



