Artis / Selebriti
” Muka daddy ni, comelnya dia.. ” – Netizen
Fizo Omar Kongsi Gambar Terbaru Anak Ketiganya, Wan Umaira Yang Kini Sudah Berusia 5 Bulan. Alahai Cepatnya Umaira Besar. Makin Bambam Lah. Muka C0py Daddy, Comel Sangat !!
Beberapa bulan lalu, pelakon Fizo Omar telah berkongsi berita gembira isteri tersayangnya, Fazeera Nazri telah selamat melahirkan anak kedua iaitu seorang bayi perempuan di Hospital Andorra, Seri Kembangan, Selangor. Perkongsian tersebut telah dibanj1ri ucapan tahniah daripada rakan-rakan Fizo dan para peminat.
Selepas satu bulan, Fizo dan Fazeera juga telah berkongsi sekitar majlis tahnik untuk bayi mereka serta mengumumkan nama bayi yang diberikan nama sebagai Wan Umaira binti Wan Hafizol. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Fizo telah memuatnaik gambar baru Umaira.
Menerusi gambar tersebut Umaira kelihatan sedang baring di tempat tidurnya. Tulis Fizo di ruangan kapsyen dalam bahasa Inggeris ‘ Daddy’s latest Collection ‘ . Perkongsian gambar Umaira itu telah mencur1 perhatian warganet kerana pertama kali dapat melihat gambar Umaira secara dekat.

Ada yang mengatakan anak ketiga Fizo ini begitu mirip seperti wajah Fizo jika dibandingkan dua lagi anaknya sebelum ini. Sehingga kini, gambar Umaira telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai bulatnya mata, makin bambam lah Umaira sekarang.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian terbaru oleh Fizo ini dan memuji kecomelan Umaira. Antara komen warganet adalah :
” MasyaAllah.. Muka daddy ni.. Comelnya dia.. Copy paste Fizo.. Mata tu bulat.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah.. “
” Yang ni baru ikut daddy cuma mata ikt mommy.. Cantiklah.. Pipi pau yer Umaira, hehehe.. Orang cakap anak perempuan ikut muka ayah sejuk.. ”
Alahai cepat betul rasanya Umaira membesar, pejam celik pejam celik Umaira dah 5 bulan usianya. Sekali pandang memang saling tak tumpah seperti Fizo. Apa-apa pun semoga anak-anak Fizo terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang solehah buat Fizo.

Sekadar info, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2021 dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda serta Wan Umaira. Fizo sebelum ini turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya dahulu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen


