Artis / Selebriti
” Muka Anuar Zain, suara Dato’ Awie.. ” -Netizen
 
																								
												
												
											Video Dato’ Awie Bernyanyi Duet Bersama Seorang Pengantin Lelaki Raih Pujian Ramai. Wow Padu Suara Pengantin Ni, Dato’ Awie Pun Tergamam Dengar !!
Umum mengetahui Dato’ Awie merupakan penyanyi rock terkenal tanah air. Lagu-lagunya bersama kumpulan Wings masih lagi menjadi siulan para peminat dari tahun 90an hinggalah sekarang. Keunikan suara Dato’ Awie ini membuat ramai yang kagum dengannya.
Meninjau di akaun Instagram, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang pengantin lelaki membuat persembahan nyanyian di majlis perkahwinannya sendiri. Namun apa yang menarik pengantin tersebut menyanyikan lagu ‘Ratu Ku’ bersama penyanyi asal lagu itu sendiri iaitu Dato’ Awie.
Nyanyian pengantin lelaki itu sungguh merdu dan suaranya juga begitu mirip dengan suara Dato’ Awie. Mendengar suara pengantin tersebut menyanyi, Dato’ Awie kelihatan seperti tergamam, lagi-lagi ketika part ‘tarik’ pada bahagian chorus, memang sama macam Dato’ Awie.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan memandang dari jauh pengantin tersebut seperti Anuar Zain, manakala suaranya pula seperti Dato’ Awie. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai nyanyian pengantin tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Muka Anuar Zain, suara Dato’ Awie.. Fuhhh terpaling Awie sgt ni, kalo tak tgk video dgor je sure ingt Awie nyanyi tau.. “
” Power suara pengantin lelaki. Datuk Awie dah boleh carik tikar utk di gulung lps ni, hahaha melawak je.. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai.. “
” Muka Anuar Zain.. Suara siap ada serak2 lagi.. Awie kat sebelah mesti terdetik ‘ lagi sedap suara dia dr aku nie ‘ hahahaa.. “
” Padu beb suara.. So kalau Awie sak1t tekak masa konsert, boleh panggil bro ni belakang pentas, hahahaha senang cerita.. “
” Lagu ni dari kecik yee minat.. Paling minat sebb tiap kali blek kg mesti lagu ni ad dekat radio.. lagu nostalgia hehehehee.. “
” Ni mana 1 Awie nihh.. Mcm gini payment Dato Awie kena bg sket la kt husband dia hahaaaha.. Power beb suara dia.. “
” Langsung tak bg can Awie yg sebenar yer, hahahahahaa.. Sedap betul suara pengantin ni.. Tadi ingatkan Anuar Zain yang kahwin.. “
Difahamkan video ini pada awalnya telah dikongsikan sendiri oleh isteri pengantin di akaun TikTok miliknya dan tidak menyangka video ini telah menjadi tular cepat di media sosial. Apa-apa pun memang padu suara pengantin dan diucapkan selamat pengantin baru buatnya serta pasangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jentikhati, TikTok myramuzaffar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
