Artis / Selebriti
” Moment ini akan dirindui bila anak-anak dah besar nanti.. ” – Netizen
Video Fizo Omar Bersama Tiga Orang Cahaya Mata Perempuannya Buat Ramai Terhibur. Wah, Semua Nak Melekat Dengan Daddy. Tak Boleh Nak Berehat Lah Daddy Kalau Macam Ni, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Fizo Omar, posting terbaru Fizo telah meraih perhatian ramai. Fizo telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat tiga orang cahaya mata perempuannya ketika Fizo sedang berehat. Nampaknya kesemua anak Fizo suka bermanja dengan Fizo.
Wan Maryam, Wan Khaleeda dan Wan Umaira mengganggu Fizo yang sedang berbaring di ruang tamu. Seorang duduk di kepala Fizo, seorang lagi di belakang badan Fizo dan seorang lagi duduk di tepi Fizo. Masing-masing dengan gelagat tersendiri.
Ramai netizen menyatakan momen sebegini pasti akan dirindui apabila anak-anak semakin membesar kelak. Ini kerana anak-anak yang masih kecil sering meminta perhatian daripada ibu bapa, berbeza apabila anak-anak semakin membesar mungkin segan untuk bermanja dengan ibu bapa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk rekod, Wan Maryam merupakan anak Fizo menerusi perkahwinannya yang terdahulu, manakala dua lagi merupakan cahaya mata Fizo bersama Fazeera.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Kita tak tgk daddy kena buli tu tp tgk 3 sweet girls yg comel2. Pandai diorg main2 dan tak de gado2. Cik yam pandai sayang adik .. “
” Abe jeo blh tamboh lg tu kejo kuat kit tmboh lg ramai.. wife muda lagi blh buat byk2 anok.. bukan susah Abe jeo anok ramai rezeki time ni la nk proses Nye .. “
” Maryam yang tu pon.. Moment² ni akan dirindui bila ank² dh besar nnt.. Nikmatilah ia.. tk pyah cari tukang urut ada dh tu 3 org.. “
” 2 beradik tu dh nak sama besar.. boleh tambah lagi ni.. Chomelnyerrrrrr 3gadis .. Bertabah la daddy .. moment terindah akan diingati bila anak² dh besar² nnt.. “
” Moments moment ini x akan berulg lg bila ank2 dah besar nnti.. mcm twin dh si kecik 2 org tu.. dh mcm fizz fairuz..dia lyankan je ank2 dia.good daddy.. “
” Comell je yg kecik tu rsa baru je wife preggy tau2 da bsr .. pandai Maryam layan adik2…. comelnya Maryam.. pandai kakak jaga adik2.. “
” Kesian daddy… baru nk rest kejap..Comey jer anak2 kacau dia..haha.. Alhamdulillah masa muda sekejap saje ..anak2 anugerah Allah .. “
Ketika anak-anak masih kecil, sebagai ibu bapa perlu banyak meluangkan masa bersama mereka. Pelbagai memori dapat dicipta ketika mereka masih kecil dan pastinya memori ini akan dirindui apabila mereka dewasa kelak. Comel sangat gelagat ketiga-tiga orang cahaya mata Fizo ni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen




