Artis / Selebriti
” Molek sungguh Tengku Permaisuri Selangor, tampil elegan tapi sederhana je.. ” – Netizen
Gambar-Gambar DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Berkenan Ke Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor Raih Perhatian Warganet. Alahai Manis Betul Tengku Permaisuri Bertudung !!
Meninjau ke akaun Instagram Selangor Royal Official semalam telah berkongsi beberapa gambar terbaru yang memaparkan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan berangkat ke sebuah majlis.
Difahamkan, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (BAKAJASA). Menerusi info yang ditulis pada posting itu juga, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 ahli Bakajasa yang ditimpa benc4na alam, kemat1an ahli keluarga serta mendapat cahaya mata baharu.
Kelihatan menerusi gambar-gambar tersebut, Tengku Permaisuri Norashikin cantik mengenakan baju kurung moden berwarna gold dan memakai tudung. Perkongsian gambar-gambar ini telah mencur1 perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan suka melihat penampilan Tengku Permaisuri Selangor kelihatan cantik dan manis bertudung. Sehingga kini gambar Tengku Permaisuri Selangor telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Sementara itu, di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka memuji penampilan Tengku Permaisuri Norashikin. Antara komen-komen menarik adalah :
” MasyaAllah, molek sungguh Tengku Permaisuri Selangor, tampil elegan tapi sederhana je.. Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat.. “
” MasyaAllah sgt cantik baginda permaisuri Selangor. Semoga Allah berkati.. Moga satu hari nanti baginda akan bertudung.. “
” Cantiknya Permaisuri Agong Subhanallah Alhamdulillah.. Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat Tengku Permaisuri.. “
” Manisnya Tengku Permaisuri, nampak sesuai sangat imej macam ni dengan Tengku.. Walaupun simple memang nmpk cantik.. “
” Allah kenapa cantik sangat ni.. Bertambah muda n tenang je tgk DYMM TPS.. Saya perempuan pun terpegun tengok TPS.. “
” Cantiknyaaaa DYMM Permaisuri, macam bidadariii .. Suka tengok DYMM Permaisuri, nampak lemah lembut dan manis.. “
” Kalau dah cantik, pakai tudung simple pun nampak cantik sangat2.. Cantik betul lah Tengku Permaisuri ni, dah macam persis anak dara, awet muda.. “
Alahai manis sungguh Tengku Permaisuri Selangor, patut lah ramai yang memuji, cantik dan anggun. Apa-apa pun semoga Tengku Permaisuri Selangor terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG selangorroyalofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

