Artis / Selebriti
” Mira nak tengok sifu eh, macam mana couple sweet.. ” – Ernie Zakri
Video Syamel dan Ernie Zakri mengusik Amira Othman ketika Amira join sesi live mereka buat ramai terhibur. Amboi, selamba je bagi tips dengan Fattah Amin. Siap ada level couple lagi. Lawak lah, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Bazaarmadu3, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi live Syamel dan Ernie Zakri telah meraih perhatian ramai. Dalam sesi live tersebut secara tiba-tiba mereka terperasan Amira Othman telah memasuki live mereka.
Ernie terus bertanya sama ada ini merupakan Amira Othman yang betul atau pun tidak. Apabila Amira mengaku akan dirinya, terus Ernie pura-pura malu kerana sebelum itu sudah pun mengusik Amira. Pasangan ini meminta Amira mengirimkan salam mereka kepada Fattah Amin.
Sempat lagi pasangan ini berkongsi beberapa tips untuk menjadi sweet couple dengan beberapa level. Menurut Syamel dan Ernie, Amira masih lagi di level dua untuk perkenalan Amira dan Fattah. Ada 10 level rupa-rupanya untuk menjadi sweet, haha.

Perkongsian ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kuat menyakat pasangan ini, sama-sama ‘ masuk air’ mengusik Amira. Nampaknya pasangan selebriti ini juga merestui hubungan Amira dan Fattah jika benar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar usikan pasangan suami isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Aku pulak terikut2 sengih tengok 2 orang. Sebab aku pun buat level yang dia mention tu kan. aku sengeh sekali la wehh mslhnye.. “
” Alhamdulillah . Korang memg jodoh terpaling terbaikkk diabad ini . Samo² masuk air laki bini ni la . sakit hempedu aku gelak kan korang ni la.. “
” Full support dari semua rakan artis. Kita pon approve. Akak penat tersengih tengok video awak berdua lupa puasa …tersengihhhh sorang² by the way akak setuju.. “
” Syamel Ernie dah ada chef yg bijak wat kek cawan coklat.. sakan membahan member mentang2 member2 tu jauh.. Kaw2 depa bagi ehhh. “
” Lom abis Fatah amira,, BASS pula muncul .. Kuat menyakat laki bini,sama naik.. pedih perut meleleh air mata gelak tgok dedua perangai niiiii.. “
” Amira othman tu kalau jumpa in rral live lawa gila. Muka mcm minah arab yg saeng2 sharifah gitu.. Hahahaha adoii sakit perut gelak.. “
” Menjadi2 ek 2 ketul ni..tapi saya suka suka suka.. Hadoii lawak dua laki bini ni mau dilagakan kepala senin jek muka membahan ekkk.. “
Memang sesuai sangat pasangan ini berkongsi tips kerana kita melihat mereka pun kelihatan begitu sweet. Sampai tersengih-sengih melihat sesi live Syamel dan Ernie ini. Agaknya bagaimanalah reaksi Amira apabila mendengar usikan mereka ini. Memang selamba sangat ni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bazaar Madu3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

