Artis / Selebriti
” Mira Filzah junior sungguh. Comel tengok dia gelak.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Mira Filzah, Wan Khair Amir Begitu Terhibur Apabila Disakat Oleh Papanya Mencuit Hati Warganet. Amboi Amir, Comel Sangat Gelak Tak Henti-Henti. Mudah Terhibur Rupanya Amir Ni !!
Umum mengetahui yang pelakon cantik manis, Mira Filzah telah mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Wan Emir Astar. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberikan nama sebagai Wan Khair Amir pada tahun 2022.
Jika mengikuti akaun Instagram Mira, selebriti cantik ini banyak berkongsi gambar terbaru mahupun video mengenai gelagat anaknya. Membesar sebagai seorang anak yang sihat dan comel, wajah Amir dikatakan saling tidak tumpah seperti wajah mamanya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Mira Filzah telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir ketika disakat oleh papanya. Telatah Amir yang tak henti-henti ketawa begitu mencuit hati dan perkongsian video ini menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan yang Amir seorang kanak-kanak yang mudah terhibur. Selain akaun TikTok, Mira juga turut berkongsi beberapa gambar kenangan sekitar percutian mereka sekeluarga di New Zealand. Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat lebih 82 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
@mirafilzah76 Bedekah sungguh 😂😂 #mirafilzah #wanemirastar #marriedlife #fypage #husbandwife #suamikusurgaku #familytime #artismalaysia #fypシ゚viral
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat Amir suka ketawa. Antara komenn-komen menarik adalah :
” Mira Filzah junior sungguh. Comel tengok dia gelak.. Sejuk ibunya mengandung.. Mudah terhibur rupanya budak comel ni.. “
” Mira Filzah pocket edition, hehehe.. Sekali aku pun gelak tengok dia gelak, hahahahaa.. Bedekah tak berhenti gayanya ni.. “
” Sukanya dia.. Sebiji weiiiii muka mama dia.. Geli hati sangat lah, comellllll bila dia gelak macam tu.. Junior Mira Filzah.. “
” Alololo handsome boy cute tengok dia gelak comey2 sangat ni.. Kecik kecik dah handsome sangat lah awakkkk niii.. “
” Amboiiiiii terhibur cepatnya dia.. Nampak sangat muka Mira nye.. Dia punya gelak gelak tu memang sibiji mama dia betul.. “
” Manisnya muka dia.. Pandai lah dia, budak-budak memang cepat faham apa yang orang ajar.. Sy ulan tengok banyak kali, sebab comel.. “
” Ulang-ulang tengok bagi dia penat ketawa, hehe.. Ya Allah dengar Amir ketawa, dengan aku2 sekali gelak sama, hahaa.. Riangnya hati dia.. “
Alahai Amir, seronok sungguh ketawa tak henti-henti, mudah terhibur rupanya. Apa-apa pun semoga Amir terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh buat Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Semoga lebih banyak lagi perkongsian mengenai Amir selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mirafilzah76, IG mfmirafilzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



