Artis / Selebriti
” Minta abang tolong ambil video. Dia salah dengar, jadi macam ni. Takpe lah, aku terima karyanya.. ” – Angeline
Perkongsian Oleh Angeline Tan Apabila Meminta Suaminya, Sabri Yunus Untuk Merekod Video Buat Ramai Terhibur. Tapi Rakaman Semula Tu Memang Cantik Sangat Lah Angeline. Pandai Sabri Ambil Video, Siap Pakej Kena Puji Lagi, Haha !!
Umum mengetahui yang pelakon Sabri Yunus telah pun mendirikan rumahtangga bersama pelakon dan juga sahabat baiknya iaitu Angeline Tan beberapa bulan lalu. Perkongsian berita perkahwinan pasangan ini membuat ramai peminat serta sahabat-sahabat turut tumpang bahagia.
Persahabatan yang terjalin sejak puluhan tahun lagi membuatkan Sabri dan Angeline dilihat begitu serasi bersama. Meninjau ke akaun Instagram Angeline, telah dikongsikan beberapa gambar baru yang memaparkan Angeline sedang memakai shawl.
Tulis Angeline di ruangan kapsyen mengatakan pada awalnya Angeline meminta tolong kepada Sabri untuk mengambil videonya. Namun gara-gara tersilap dengar, Sabri mengambil gambar Angeline bukannya video dan gambar-gambar itu kelihatan agak kabur.

Seloroh Angeline, meskipun hasilnya begitu, Angeline tetap menerima ‘karya’ suaminya itu. Menerusi posting lain pula, Angeline berkongsi video yang diambil oleh Sabri dan kedengaran Sabri memuji kecantikan Angeline mengenakan shawl. Sehingga kini, video Angeline menerima ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Angeline ini dan terhibur dengan kapsyen yang ditulisnya. Antara komen-komen menarik adalah :
” You mmg married to pengkarya kan dear.. TAPIKAN.. Kalau ambik gambar mcm ni.. Trend anak2 muda.skrg.. Hahaha.. Slmt berpuasa.. “
” Hahaha “aku terima karyanya” mcm aku terima nikahnya.. So cute.. Tapi ok ni .. Klu husb sy, mgkin tangan saja dlm gambar. Lain2 takde.. “
” Haha.. Trus gegar gmbr. Hahahahahaha lucu abang Sabri ni. Lain yang disuruh, lain yang dibuat Apapun tetap sweet n anggun.. “
” Alahai, alhamdulillah you acknowledged his efforts and very diplomatic hihi.. Macam lukisan pulak.. Orang seni.. Salah buat pun.. Tetap berhasil.. Hebaak Abe Sabri.. “
” Cantiknya puan.. Bertambah manis apabila puan sudah pandai mengenakan pelbagai jenis tudung.. Saya tengok.. “
” Anything u wear pon tetap nampak gorgeous.. Alhamdulillah.. Comel couple ni. Semoga bahagia hingga Jannah.. “
” I suppose to call you Aunty Angeline but your face so beautiful and young. I must call u kakak.. May Allah Bless you kak Angeline.. “
Alahai sweetnya ayat Angeline buat suami tersayang. Meskipun gambar-gambar yang diambil oleh Sabri agak kabur, Angeline tetap nampak cantik dan menghargai usaha Sabri. Apa-apa pun, semoga rumahtangga Angeline dan Sabri akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG angelinetanyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

