Artis / Selebriti
” Mini Chef in action. Wow dah naik pangkat.. ” – Netizen
Video Terbaru Ardy Wira Bersama Mummynya, Betty Rahmad Beraksi Di Dapur Menyediakan Pizza Raih Perhatian Netizen. Part Masa Bawa Pizza Ke Oven Tu Comel Betul !!
Nama Betty Rahmad tidak asing dalam industri hiburan Malaysia. Adik kepada pengarah Erma Fatima dan Datin Umie Aida ini telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata sulung yang diberi nama Ardy Wira Ardy Shafiq.
Terbaru, meninjau ke ruangan Instagram Betty, satu video baru telah dimuatnaik yang memaparkan dirinya bersama anak sedang berada di dapur. Melalui perkongsian itu, mereka berdua sedang meluangkan masa untuk mencuba resepi baru.
Tidak dinafikan gelagat dan keletah Wira sangat diminati oleh peminatnya. Wira berpakaian lengkap bewarna hitam bersama apron dan hat cook di kepalanya ketika menolong mummy menyediakan pizza.

Melalui video tersebut, Wira juga kelihatan begitu fokus dalam membantu mummy menguli dan rolling adunan yang telah tersedia. Bukan itu sahaja, Wira juga kelihatan pandai dan comel ketika meletakkan bahan di atas permukaan sos tomato dan pizza.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Video Wira ini telah menerima banyak tontonan. Di ruangan komen, ada yang memuji Wira comel dan pandai. Malah terdapat juga komen pujian yang diberikan kepada Betty. Antara komen-komen netizen :
” Comelnya wiira.. Eee ger4m.. Heyyy.. Sengehhh jee dia tauu.. Terbaik mummy u bleh jd cikgu dah.. “
” Pandaiiinya Ardy omell ni.. Comeynya wira.. Hahaja comel.. thats it wira favourite food.. Thumb up wira.. “
” Mini chef in action.. Woww ardywira dh naik pangkat uniform hitam dh good boy.. “
Alahai part Wira mengangkut Pizza ke Oven tu memang cute. Pastinya peminat juga geram akan keletah Wira. Untuk info tambahan, pengikut Instagram Wira kini telah mencapai 195 ribu. Tidak dinafikan sejak lahir, Wira disayangi ramai orang kerana karekternya sebagai happy baby

Setiap perkongsian gambar mahupun video pasti dinantikan oleh pengikutnya. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Wira membesar dengan sihat dan bahagia selalu bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part 6 years tu adoi, tak boleh berhenti ketawa. Macam mana Ubai boleh tahan gelak, haha.. ” – Komen Netizen


